TEORI RAHMAN

R.A.H.M.A.N

Ramai antara kita rakyat Malaysia tahu akan teori RAHMAN ini..ianya kalau dilihat sejarahnya begitu sinonim dengan turutan nama nama perdana menteri dan bakal perdana menteri kita.Bermula Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir dan kini Abdullah…jika diikutkan, abjad seterusnya “N” akan menjadi milik Najib…namun situasi politik semasa yang haru biru ini, segala kemungkinan boleh berlaku..situasi semasa memperlihatkan 2 tokoh “A” iaitu Abdullah dan Anwar sedang “berperang”..seorang ingin mengekalkan kedudukan..seorang lagi ingin merampas kerusi PM tersebut..Ada orang beranggapan, pilihanraya Permatang Pauh akan menjadi titik tolak kepada teori ini..andai tokoh “A” Anwar dapat menjejakkan kaki ke Putrajaya seperti yang di hebohkan pada 16 September depan, maka harapan tokoh “N” iaitu Najib untuk mengambil alih jawatan PM terkubur..maka akan terkuburlah teori yang selama ini kita gunapakai untuk menggambarkan turutan PM kita. Atau mungkin juga teori ini akan diteruskan..yang menjadi persoalan jika ia diteruskan siapakah yang layak untuk berada pada abjad “N” tersebut?sama sama kita fikirkan…

Comments

Nia said…
Salam, terima kasih sbb lawat blog saya jugak :)

Tentang teori R.A.H.M.A.N tu, dulu semua orang anggap A tu mesti Anwar, tapi disebabkan perbuatan dia sendiri Pak Lah sekarang yang dapat. Tapi, mungkin teori tu betul secara kebetulan.
Kalau betul Anwar dapat jadi PM nanti, kita kena tawakal aje la. Masa tu kalau penyokong2 dia baru nak sedar pun dah terlambat..
melayuangkat said…
Assalamualaikum,

Mak Cik rasa apa yang penting adalah seseorang Pemimpin itu biarlah akhlaknya baik.

Tiada antara kita yang perfect tapi untuk memimpin sesebuah Negara itu biarlah orangnya berhemah dan perangainya senonoh.

Susah satu negara nanti kalau Pemimpin banyak belit dan latar belakang yang samar. Kalau ini berlaku, berdoa lebih lebihlah kita semua.

WaAllahuAlam.

Popular Posts