Caj Perkhidmatan PTPTN Turun

Alhamdulillah, caj perkhidmatan PTPTN yang telah lama membelenggu peminjam peminjam akhirnya dikurangkan..P engurangan sebanyak 2 peratus daripada 3 peratus sebelum ini amat dinanti nantikan oleh seluruh peminjam, MALAH ADA JUGA YANG INGINKAN IANYA DIHAPUSKAN TERUS..Walau apapun keinginan kita, pengurangan tersebut perlulah kita sambutnya dengan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan dan bersyukurlah kepada Allah diatas kurniaaNya..

Sekadar mengimbau kembali, masalah yang banyak menimpa peminjam sebelum ini berkaitan dengan caj ini adalah kerana caj yang dikenakan adakalanya lebih tinggi daripada jumlah bayaran balik yang dibuat oleh peminjam…perkara ini berlaku terutamanya kepada peminjam yang hanya mampu membayar jumlah yang sedikit berbanding jumlah yang disyorkan. Adakalanya jika jumlah pinjaman yang telah dibayar sebanyak RM 500, jumlah caj perkhidmatan pula melebihi jumlah tersebut. Pada logiknya, sia sia saja bayaran dibuat kerana ia seolah olah apa yang dibayar lesap ditelan caj perkhidmatan tersebut…perkara ini juga berlaku kepada saya..

Apa yang diharapkan, dengan penurunan ini, kita sebagai peminjam perlulah menunaikan tanggungjawab kita..kita telah meminjam begitu banyak, maka tugas dan tanggungjawab kita untuk melangsaikan hutang yang telah kita buat..kerana bukan kita sahaja memerlukan duit pinjaman, anak cucu kita nanti juga memerlukannya…

Comments

Man In Black said…
Bro,

Lama tak dengar khabar? Aku tumpang gembira; asalkan hutang aku boleh clear cepat.. Bagus!!

Che Eduardo

Popular Posts