HUJAN SUDAH BERHENTI..


Alhamdulillah, lega rasanya hari ini..hujan yang turun dengan lebatnya semalam sudah berhenti..kehidupan di bandar hujan atau tidak sama sahaja bagi diri ini..kehidupan semalam perlu diteruskan hari ini...esok lusa dan seterusnya...

Hujan sudah berhenti...aku masih juga mencari hala tuju penulisanku..politik?...terasa hati ini semakin jauh dari arena itu...haru biru...gelap gelita...arena ini terlalu kotor bagiku ketika ini...namun seperti kawan kawan bloggerku yang lain..hidup perlu diteruskan..

Hujan sudah berhenti..aku masih disini..mencari teman teman yang mampu memberi sekelumit ilham...mencari ruang ruang perjuangan yang masih belum selesai..terima kasih buat makcik melayu angkat..che eduardo..anak malaysia..che guman...unlisted one..dan lain lain..tanpa kamu semua tiadalah aku dia dan sesuatu....

hujan sudah berhenti...aku tetap disini...bersama teman temanku....terima kasih semua...

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Mohd Nor,

Memang sekarang musim hujan..elok juga untuk 'sejukkan' sedikit negara.

Mak Cik rasa kamu patut tulis sahaja apa yang terbuku di hati yang boleh pengalaman kamu itu dikongsi bersama dengan rakan rakan lain.

Kita semua dari latar belakang yang berbeza, pengalaman yang berbeza dan tentu ada kisah yang berbeza yang boleh mengajar kita erti kehidupan ini.

WaAllahuAlam.

Popular Posts