MENANTI HARI MENDATANG...


Bermula hari ini, mungkin satu episod baru akan bermula di dalam arena politik negara kita..kebangkitan kuasa rakyat semakin menidakkan kuasa kerajaan semasa..andai situasi ini berterusan, tidak mustahil kerajaan pemerintah hari ini akan dimbil alih..kalau itu kehendak majoriti...biarlah ia berlaku..namun jika ia hanya kehendak mereka yang berkepentingan, ..mudah mudahan dijauhkanlah darinya..sebagai rakyat biasa..kita hanya mampu memerhati dari jauh apa kesudahan episod ini..untuk menukar sesebuah kerajaan bukan seperti menukar baju di badan..terlalu banyak yang perlu kita sama sama renungkan..fikirkan..masa hadapan kita..anak cucu kita..bersediakah kita?semuanya terletak di tangan kita...seperti juga sekarang..siapapun yang menjadi kerajaan, pastinya akan ada juga yang akang membangkang..itulah realiti dunia politik..

Jika diambilkira situasi politik hari ini, adakah hari hari mendatang akan mebawa kebaikan kepada generasi kita?jika hari ini kita dihidangkan cacian..fitnah menfitnah...kutuk mengutuk..bolehkah kita menghindarinya?jika hari ini PM kita..TPM kita, pemimpin kita,.dihina, difitnah, dicaci..adakah di hari mendatang tidak ada lagi perkara seperti ini?..dimanakah rasa hormat kita sesama insan?kita dikelilingi dengan rasa benci dan hasutan yang amat dahsyat..adakah tidak akan ada lagi kebencian dan hasutan di masa mendatang?semuanya terletak ditangan kita....

Menanti hari hari mendatang mungkin amat memeritkan...pelbagai persoalan masih banyak belum terjawab..pelbagai andaian masih belum dirungkai...pelbagai cabaran masih belum di sahut...sama samalah kita merenungi masa hadapan kita..kerana bukan kita sahaja yang akan menumpang dibumi bertuah ini....

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Mohd Nor,

Entahlah Mohd Nor, hari hari mendatang ini hanya Allah swt yang tahu tapi Mak Cik rasa tak sedap hati.

KUASA RAKYAT apa ke bendanyalah..Pada Mak Cik hanya kuasa seorang Insan bernama Anwar Ibrahim menrelaisasikan cita citanya ke PutraJaya, itu saja. Mencapai hajat membalas dendam kesumat.

Kalau guna nama parti lain tak glamour dan dapat pancing simpati. Mesti ada nama 'rakyat'. Baru orang ramai dapat rasa bahawa perjuangan parti gabungan sama PKR, DAP dan PAS ini adalah untuk mereka. Mereka akan senang percaya dari UMNO atau BN.

Dengan nama KUASA RAKYAT DAP tumpang sekaki. Inilah masa yang ditunggu tunggukan. Tak perlu DAP susah susah. Orang Melayu sendiri yang menjatuhkan Melayu.

Orang Melayu sendiri yang membantu DAP semakin hampir dengan Malaysian Malaysia yang di idam2kan selama ini.

KUASA RAKYAT? PAS dipergunakan untuk membentuk PR. DAP tak suka PAS. Rimas dia orang tengok orang berseban, berjanggu, berjubah tapi apa nak buat? sabar sahajalah. Demi cita cita dan dendam kesumat nak jadikan Malaysian Malaysia.

Inilah realitinya. DAP terang terang tolak Negara Islam, kalau boleh Islam itu pun nak ikut stail dia, Azan tak boleh kuat kuat, pergi haji tak payah tiap tiap tahun, ..contohnya.

Inilah realitinya pada hari hari mendatang Malaysia dari saat ini. Saat kita semua akan sambut Merdeka 51 tahun.

Hanya kerana cita cita seorang bernama Anwar Ibrahim, Orang Melayu berpecah belah lagi..hancur. Kesatuan kita lemah dan ini yang sedang DAP ambil kesempatan,.

Tak apalah , peduli apa dengan nasib anak bangsa aku. Buat apa nak ingat pengorbanan pemimpin UMNO, MCA, MIC dulu dapatkan kemerdekaan Negara..janji cita cita aku tercapai.

Anwar juga pecah belahkan orang India. Lahirlah HINDRAF. Kesian orang India senasib dengan Orang Melayu, semakin berpecah.

Orang Cina cerdik. Mereka bila nak undi buat percaturan dengan study, facts dan tidak dengan emosi. Mereka undi orang mereka sahaja.

Lama kelamaan, lihatlah nanti..kita kena jaga diri sendiri baik baik dari sekarang.
Man In Black said…
Bro,

Dalam setiap kegagalan; ada hikmah yang kita kena ambil ikhtibar. Tapi bukanlah ikhtibar seperti yg dilolongkan KuLi atau CheDet iaitu: Tukar PM; tukar DPM..

Saya ikut tak senang hati; sebab perjuangan mereka palsu. Tiada keikhlasan langsung. PAS sanggup menentang isu-isu yg dianggap bukan Islamic; tetapi hanya bila BN menjadi sasaran. Tetapi, apabila keluar dari mulut DAP, diam sahaja..

KEADILAN apabila timbul isu besar; DIAM sahaja lebih. Ketika ada persoalan besar, ketuanya duduk diam buat tak tahu shj.

DAP yg paling rancak.. Kalau cakap Anwar dan PKR; terus dtg ke hadapan untuk mempertahankan beliau. Seolah-olah sudah lupa prinsip perjuangan asal mereka kerana kemaruk kuasa. Lebih baik mereka tutup parti mereka dan masuk PKR kalau Anwar seorang aje yang mampu jadi pemimpin mereka.

BN pun apa kurangnye; bila dtg musim pilihan parti sahaja; perjuangan masuk tong sampah; asal aku dapat naik cukuplah..

Sedih..

Popular Posts