PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH 2008

Pilihanraya kembali lagi..semua mata tertumpu kepada Permatang Pauh. Pilihanraya kali ini dilihat amat penting kepada kedua dua belah pihak bagi membuktikan kejaguhan di saat keadaan politik tanah air yang agak bergelora.Menang atau kalah menjadi adat pertandingan. Namun kali ini menang atau kalah pastinya akan mewujudkan suasana yang tegang. Andai BN menang, maka pelbagai andaian buruk akan dilemparkan kepada mereka. Andai PR menang pula, makin hebat lagilah gelora politik tanah air kita...Pengundi Permatang Pauh sahaja yang tahu apa yang mereka inginkan..seperti kata sesetengah ahli poltik BN, emosi atau prestasi pilihan mereka?..Sama samalah kita tunggu dan lihat kesudahan episod perjalanan politik negara yang semakin haru biru ini...

Comments

Popular Posts