29 October 2009

JALAN JALAN....





Jalan jalan petang....

16 October 2009

PERLUKAH AKU....

Perlukah aku..
meninggalkan tempat ini..
di kala aku merasakan inilah tempatnya buat aku...
perlukah aku...
mencari haluan yang lain...
di saat aku merasakan inilah haluan yang terbaik buat masa ini..
perlukah aku..
memikirkan yang lain..
di kala ku rasakan fikiran disinilah paling rasional ketika ini..
perlukah aku...
mengikut rentak mereka yang lain..
di saat rentak aku berlainan sekali daripada yang lain...
perlukah aku...
melihat sudut pandang yang lain..
sedang sudut pandang inilah terbaik di kala ini..
perlukah aku..
mencari haluan yang lain...
perlukah aku...???
aku sendiri tidak pasti...
aku sendiri masih keliru...
aku sendiri masih mencari...
jawapan yang pasti...

09 October 2009

Hias Rumah@Raya 2009...


Alhamdulillah,dapat juga hias rumah sebelum raya..ok la sikit dari sebelumnya..

Raya 2009....

First time beraya di Kuala Lumpur...

30 September 2009

KENAPA AKU DARI KECIL MEMBENCI PAS....



SAMA SAMA KITA FIKIR DAN RENUNGKAN....ADAKAH MEREKA SAHAJA YANG ISLAM...KESIAN NEGARA ISLAM LAIN SEPERTI ARAB SAUDI YANG BUKAN PAS MEMERINTAH...ADAKAH MEREKA BOLEH KITA KATAKAN SEBAGAI NEGARA KAFIR??

16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA..

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..DARI KAMI SEKELUARGA..
BUAT TEMAN BLOGGER YANG SETIA..MAKCIK MELAYU ANGKAT,MAKCIK ZARA,EIZA,NIA DAN LAIN LAIN..SEMOGA RAYA KALI INI LEBIH BERMAKNA BUAT KALIAN SEMUA..

08 September 2009

SALAM LEBARAN...

Kesempatan ini aku dan keluarga mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada teman teman blogger yang setia menjenguk blog yang tak seberapa in..kesempatan ini juga aku ingin memohon jutaan kemaafaan andai ada tersalah tutur dan kata di dalam penulisanku..semoga lebaran kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua...amin..

Aku dan politik....

Aku dan politik..

Aku suka politik

Tapi aku benci dengan politik

Aku suka politik

Tapi aku marah dengan politik

Aku suka politik

Tapi aku kecewa dengan politik

Aku suka politik

Tapi aku sedih dengan politik

Aku suka politik

Tapi aku menyampah dengan politik

Aku suka politik

Tapi aku malu dengan politik

Aku suka politik

Tapi aku keliru dengan politik

Aku suka politik

Tapi aku semakin jauh dengan politik

Aku suka politik

Tapi aku semakin ragu dengan politik…

Aku suka..

Aku benci..

Aku ragu…

Aku kecewa….

Aku dan politik..

Azmi Yusof 08092009

28 August 2009

MERDEKA!!!!

Sempena bulan kemerdekaan negara yang ke 52 ni, saja nak kongsi dan nak tunjuk apa yang tersimpan dalam kotak barang2 lama simpananku..plak kat atas ni yang paling aku sayang..aku jumpa plak ni kat kampung halamanku nun jauh di terengganu sekitar tahun 1990 an..waktu tu dalam sekolah rendah lagi..jumpanya kat atas jalan..jalan kat kampung waktu tu masih jalan tanah..masa jumpa bukanlah macam kat atas tu..masa tu warna dia semuanya gelap..nak bagi nampak apa yang tercatat pada plak ni, aku sprayla warna biru..so nampakla semua tulisan yang tercatat kat plak ni..tak tahulah plak ni tujuannya untuk apa...mungkin sempena kemerdekaan yang pertama...ntahla..apapun, plak ni masih terjaga dengan baik dalam simpanan aku sepanjang berbelas tahun aku menyimpannya..harapnya plak ini akan terus elok sampai bila bila untuk tatapan anak cucu,cicit dan seterunya lah..tulah saja nak kongsi..apapun aku ambil kesempatan ni nak ucap selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 52 tahun buat semua rakyat Malaysia..MERDEKA!!!!!!!

26 August 2009

MENGENALI RASULULLAH S.A.W....

BIODATA RASULULLAH SAW·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.
USIA 20 TAHUN· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agongKENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.

SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikalBaginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..- Aku melihat cahaya dari lidahnya.- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.- Wajahnya seperti bulan purnama.- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.- Janggutnya penuh dan tebal menawan.- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.- Rambutnya sedikit ikal.- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah.- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.- Dadanya bidang dan selaras dgn perut.. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.- Seimbang antara kedua bahunya.- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.- Warna putihnya lebih banyak.- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.- Warna kulitnya putih tapi sihat.- Kulitnya putih lagi bercahaya.- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.- Badannya tidak gemuk.- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka..

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

17 August 2009

Carik-carik Bulu BABI...

Tu jer nak tulis....sama sama kita fikir...

31 July 2009

Kisah orang lebih islamik daripada orang lain...

Esok kalau jadi akan berlakulah perhimpunan jalanan menuntut ISA dihapuskan..entahlah..aku tak faham betul..daripada 20 lebih juta rakyat malaysia..berapa sangatla mereka yang kena tahan ISA..kalau ikut sekarang hanya tinggal belasan sahaja..kenapa sampai nak mansuhkan..kenapa benci sangat..?berbalik kepada tajuk di atas..banyak terbaca didalam blog2 yang kononnya mengatakan ISA tu tak ikut ajaran Islam..so itulah sebab utama yang menjadi "point" golongan GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan ISA ni..pada mereka ISA ni zalim tahap gaban..mungkin keluarga mereka pernah kena tahan kot?ntah...so..kira mereka ni islamik la..orang lain tak...untuk tujuan itu..maka berduyunlah esok mereka mereka yang kononnya islamik ni memenuhi jalan jalan di kl untuk berdemonstrasi...jadi aku pulak nak tanya diorang ni..buat perhimpunan yang mengganggu hidup orang lain tu ada ke Islam suruh??ajaran mana tu??tak pasal aku nak bawak anak bini jalan jalan KL esok terbantut..terlolong sana..terlolong sini..bak kata najib..sia sia sahaja..macam buat kerja bodoh..memang pun...menyusahkan...tak kisahla yang menyokong atau menbantah..semuanya kalau buat demonstrasi pada aku menyusahkan hidup orang..fikirlah sikit..orang lain pun nak menikmati hidup yang aman...bak kato ore kelate..bengong..bongok..bodo...tolol...pa lagi eh?...sendiri mau ingat...

29 July 2009

Minimalist part 2...














ni merupakan beberapa gambaran sambungan daripada minimalist ari tu...lebih kurang macamnilah rupa landskap depan rumah aku nanti....insya Allah...

ISA....kenapa kita perlu takut???

Sekarang dok sibuk ura ura akan ada perhimpunan memansuhkan ISA pada 1 ogos ni..ada jugak katanya perhimpunan menyokong ISA..Entahla...kenapalah boleh jadi macam ni...Kenapalah sesetengah golongan begitu mahukan ISA dimansuhkan?adakah kerana mereka takut??takut dikenakan ISA?Kenapa nak risau kalau kita tak buat salah..takde sapa yang sudipun nak tangkap kita..takde maknanya nak bubuh kita dalam kem kemunting sana kalo kita tak lakukan kesalahan...jadi kenapa kita yang tak buat salah ni nak sangat ISA tu dimansuhkan?biarlah ISA tu...dah gatal buat salah memang patutla masuk situ...duduk dalam masyarakat pun menyusahkan jer..
pada saya mereka yang mahu ISA DIMANSUH/HAPUS adalah mereka yang buat salah..mereka yang bimbang dihumban kedalam kem kamunting..dan mereka yang tak penah sedar diri yang selama ini mereka hidup aman damai kebanyakan disebabkan adanya ISA itulah...susahnya apabila mata dan hati dibutakan kerana kuasa politik...apa yang nampak sekarang..mereka yang salah semakin diagungkan...disanjung...usahkan ISA..satu masa polis pun dah tak boleh buat apa..nak tangkap tak boleh...nak soal siasat pun tak boleh...mungkin juga sampai masa nanti sesi soal siasat polis pun kita terpaksa buat siaran langsung kat tv..ye la kan..kononnya untuk "keadilan" pesalah....
1 ogos ni tak tahulah macamana keadaannya...tok tok ketua pebangkan katanya semua nak join..rasanya elok benar dapat sembur dengan air sungai kelang...biar padan muka semua yang pergi...memalukan..bak kata ore kelate..bodo,bengong,tolol,..banyak lagilah....pikirlah sendiri...

28 July 2009

Minimalist...





Lamanya rasa tak update blog ni...banyak benda nak kena buat..kena fikir..apapun kali ni saja nak kongsi apa yang telah aku buat sehari dua ni..sebenarnya sebelum jadi macam dalam gambar kat atas tu..kawasan sekangkang kera ni penuh ngan rumput dan rumpai..hodoh benor kalo orang tengok..lama jugakla tak terurus..hampir 2 bulan selepas kami pindah masuk rumah ni..so..untuk fasa pertama ni..tanam rumput dan buat water fountain..simple dan minimalist...tak lama buat benda ni semua..tanam rumput sehari...buat fountain sehari...sebenarnya boleh lagi cepat kalo ada masa terluang...so..kesimpulannya..kalo ada idea dan keinginan, tak payahla nak soh eric leong buatkan..atau upah orang..banyak guna duit..sedangkan kita boleh buat tanpa mengeluarkan modal yang banyak..cakap pasal kos..semua kat atas tu amatlah murah kalo nak dibandingkan upah orang buat..rumput 6m square rm 36...batu putih/white gravel satu bungkus rm 15...2 biji tempayan rm 150...boleh dapat lagi murah sebenarnya..dan akhir sekali submersible pump rm 40...seme sekali tak saapai rm 250...bayangkan kalau upah orang...hmm..itulah cerita fasa pertama projek melandskapkan halaman rumah aku ni..fasa kedua nanti melibatkan tanaman plak...akan di update kemudian..so sekarang..balik kerja dapatlah tenangkan dan rehatkan minda mendengar bunyi air dari tempayan hasil buatan sendiri...puas....