MERDEKA...

Betul agaknya kita sudah tidak mempunyai semangat yang tinggi lagi untuk menyambut hari Kemerdekaan negara kita..Gambar di atas aku tangkap petang tadi di Ampang..hari ini tarikhnya ialah 30 Ogos 2008..maknanya sambutan kemerdekaan sudah menjangkau angka ke 51...namun iklan sebesar alam tersebut masih menunjukkan angka ke 50..adakah pukul 12 malam ini baru hendak ditukar..?atau akan kekal sebegitu selagi tidak ada yang menegur..?inilah yang berlaku kepada negara kita ketika ini...rakyat seakan sudah lupa akan tarikh keramat ini...

Dan malam ini..tepat pukul 12 malam..sudah 51 tahun kita Merdeka...bagi mereka ayng merasai tarikh 31 Ogos 1957 hingga ke hari ini, mungkin faham dan mengerti apa itu kemerdekaan..namun bagi kita yang hanya merasa kehidupan selepas itu, adakah kita mengerti erti kemerdekaan?apakah sebenarnya merdeka itu?apa kepentingannya kepada kita?dan yang paling penting..jika negara kita merdeka..merdekakah diri kita???sama samalah kita renungkan...

Di kesempatan ini, aku sebagai salah seorang daripada berjuta rakyat Malaysia mengucapkan selamat hari merdeka kepada para pejuang kemerdekaan dan para negarawan..tidak lupa juga kepada teman teman blog yang masih sudi bersama diri ini...Selamat Hari Merdeka!!!!

Comments

Man In Black said…
Selamat Hari Merdeka to you too, brother..

Popular Posts