DUIT RAKYAT ,KUASA RAKYAT DAN KERAJAAN


Sebelum PRU 12, kita jarang di sogokkan dengan cerita berkaitan duit rakyat dan kuasa rakyat..namun selepas PRU 12 sampai sekarang terma "duit rakyat dan kuasa rakyat" ini sentiasa berkumandang.Kalau dahulu, apa sahaja yang kerajaan belanjakan untuk menjalankan sesuatu projek dikira duit kerajaan atau hak kerajaan..kurang kita dengari terma duit rakyat sebelum itu..namun senario ini berubah apabila wujudnya Pakatan Rakyat..wujudnya Pakatan Rakyat, terma duit dan kuasa rakyat semakin menjadi modal bagi menentang segala keputusan kerajaan..sebagi contoh betapa hebatnya terma "duit rakyat" dan "kuasa rakyat" ini, sama sama kita nilai perkara yang berlaku kebelakangan ini..

1.Cadangan Pembatalan Projek Mega-Kalau dahulu pembinaan jambatan Pulau Pinang menggunakan duit rakyat, rakyat dahulu boleh menerima..mungkin pada pandangan mereka "duit rakyat" duit kerajaan juga..tapi bila hendak membina Jambatan Kedua, "kuasa rakyat" membantah..katanya membazir "duit rakyat"...kiranya dalam hal ini kerajaan tak berduit dan tidak berkuasa..istilah kerajaan seakan tidak bernilai lagi..

2.Isu Pembelian Mercedes Kerajaan Terengganu-Pada kerajaan negeri, pembelian dibuat menggunakan duit kerajaan, tapi bila "kuasa rakyat" bersuara, mereka kata pembelian ini satu pembaziran..kerana menggunakan "duit rakyat"...sekali lagi istilah kerajaan seakan tidak bernilai lagi..

3.Isu Pembelian Kelengkapan Tentera-Pada kerajaan, pembelian tersebut menggunakan duit kerajaan dan untuk kepentingan rakyat.Tapi pada "Kuasa Rayat", ianya satu pembaziran kerana menggunakan "duit rakyat".Juga menunjukkan seolah olah kerajaan tidak boleh berbuat apa apa..

Itu hanya sebahagian contoh sahaja..dapat kita simpulkan disini, selama berpuluh tahun istilah "kuasa rakyat dan duit rakyat" tidaklah begitu dominan..namun semenjak dua menjak ini, istilah tersebut kadang kadang mengatasi kuasa kerajaan..Sampai masanya nanti mungkin kita tidak lagi berkerajaan..kerana kuasa rakyat lebih berkuasa dalam menentukan semuanya..sampai masa juga mungkin kerajaan hanyalah sebuah boneka sahaja...sama sama lah kita renungkan apa implikasinya kepada negara apabila "kuasa rakyat' mendahului "kuasa kerajaan"..

Comments

melayuangkat said…
Salam Mohd Nor,

Mereka ni pandai putar belit istilah sahaja. Malangnya penyokong taksub percaya sangat, apa nak buat.

Mohd Nor tengoklah Statutory Declaration Balasubramaniam yang hilang entah ke mana sampai sekarang dan RPK, dia orang percaya bulat bulat, duduk semeja semasa Bala buat press conference.
SD yang dibayar dengan harga RM4 sekeping tu.

Tapi sumpah Saiful dengan "WaAllahi WaBillahi WaTauAllahi" Dalam dewan Solat di rumah Allah, mereka sangsi. Pegang Al QUran pun mereka pertikai.

Sebenarnya Sumpah Laknat ni tengah jalan pun memadai asalkan sebut bersumpah dengan Nama Allah dengan Wa Bi Ta, tapi kalau buat tengah jalan kata Saiful hina Islam pulak.

Entahlah, apa nak jadi sekarang ini, Politik punya pasal Iman dan akidah pun boleh goyang kalau tak hati hati.

AstagfirullahalAzim..

Popular Posts