JALUR GEMILANG...

Tanggal 31.08.08, genaplah 51 tahun kemerdekaan negara kita..tidak seperti tahun tahun yang lepas, kibaran jalur gemilang seolah tidak kelihatan...suramnya seolah tidak ada apa yang akan berlaku..semua orang seolah sudah tidak mahu ambil peduli..kalau dahulu banyak kereta memasang bendera, banyak rumah memasang bendera, banyak bagunan memasang bendera... kini, yang pasang pun mungkin kerana terpaksa atau dipaksa...terasa seolah tiada lagi semangat kemerdekaan di dalam diri....termasuklah diri ini..melihat keadaan sekeliling, kadang terasa segan untuk mengibarkan jalur gemilang...kalau dahulu kiri kanan, depan belakang orang mengibarnya, terasa segan apabila tidak mengibar sama..itulah realiti yang sama sama kita sedang hadapi di negara tercinta ini..bagi diri ini, hanya luahan dan kibaran jalur gemilang di blog menjadi pengubat ..walaupun kibarannya tak sehebat di luar..sekurangnya masih ada sedikit rasa kebanggaan di sudut hati ini...

Comments

melayuangkat said…
Salam anakku,

Mak Cik rasa 'kedinginan' memasang jalur gemilang tahun ini ada bersangkut paut dengan 'perang saudara' yang sedang berlaku di Permatang Pauh sekarang.

Amat sedih, rakyat lebih banyak menghabiskan masa berdebat sesama sendiri, fitnah tak usah cakaplah..kamu tahu sendiri. Ada blog blog yang kita tak berani usik pun.

Tahun ini 'semangat' untuk sambut Merdeka memang kurang sedikit dari biasanya..sebab sebabnya kita semua pun tahu. (Belum ada pilihan raya kecil sebelum merdeka sebelum ini)
Kita terus kibarkan... pasti ada yang mengikut nanti

Jangan bimbang
Nia said…
Salam,

Nak buat mcm mane, kemenangan parti tu lagi bernilai berbanding kemerdekaan pada diaorg2 nih.

Popular Posts