AKU TELAH KEMBALI...

Alhamdulillah..hari ini..aku sudah boleh tersenyum..demam yang ku alami semakin berkurangan..lega rasa..ye lah dah dekat nak raya ni..nanti nak kena drive balik kampung..apapun..syukur kepada Allah...hari ni jugak aku dapat memeluk anakku balik..dapat kulihat betapa rindunya anak kecilku kepada pelukan ayahnya...

Gembira sebenarnya..masa masa susah masih ada yang ingat akan diri ini..terima kasih che..ibu angkat..man helang..princess..unlisted one..dan tak lupa orang baru..fiza..terima kasih sudi jengok blog yang tak sberapa nih..terima kasih semua..kalian semua buatkan aku bersemangat untuk terus menekan keyboard pc ku...aku akan kembali..

Comments

Man In Black said…
Pakai DIGI ke kawan?!
Anonymous said…
slmt kembali :) slmt hari raya...
melayuangkat said…
Assalamualaikum anakku Azmi,

Alhamdulillah, syukur kamu telah sembuh dan boleh bermain dengan anak sekarang,..(Nama si comel?).

Jika balik kampung, berhati hati di jalan raya. Tidak ada apa yang hendak dikejarkan..kalau sampai awal setengah jam sahaja pun tidak akan mengubah apa apa.

Mak Cik ingin ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jika tersalah taip atau ada perkataan yang tidak menyenangkan.

Ingat, hati hati di jalan raya..

Popular Posts