AKOK...

Sempena ramadan ni pelbagai kuih muih dapat kita lihat..macam macam ada..namun bagi diri ini, akok menjadi pilihan utama untuk hidangan berbuka puasa..tahun ini, aku belum lagi dapat merasa walau sebijik akok pun..entahla..carik punya carik dekat bazaar ramadan, tak nampak pun kelibatnya..kalo adapun tak menepati citarasa aku pula...susah juga mencari kuih akok ni..Dekat kampung aku, nun jauh di pantai timur, seorang makcik pakar dalam membuat kuih ini (orang panggil dia Mek)..kalau kuih dibakar pagi..tengahari  sudah habis jualannya..begitulah betapa sedapnya akok penangan makcik ini..

Nampaknya..aku terpaksa juga menunggu hari aku pulang ke kampung untuk aku menikmati akok makcik tu..namun aku dapat rasakan tahun ini aku mungkin tidak akan dapat merasa akok di kampungku...tahun ini amat berbeza..aku bukan lagi seorang lelaki bujang..aku terpaksa beralah dengan kehendak kehidupan berkeluarga..kerana tahun ini aku akan beraya di bandar..Kuala Lumpur....harapan aku, tahun hadapan masih ada akok daripada makcik Mek...selamat berbuka puasa kepada teman teman blog semua...

Comments

Nia said…
Salam,

Ade satu akok tu kan, mak mertua aku bawak. Lain sgt mcm akok yg kita selalu mkn. Katanya akok tu, zaman dulu punya, takde rasa telur sgt. Tapi sedap jugak woo..Yg kita selalu makan ni, akok moden katanya.
azmi yusof said…
unlisted one..wooo..mana aku nak carik akok yang ko cakap tuh?alamak kempunan la aku tahun ni...tq bro..
man_helang said…
bro...ko pantai timur mana? sama la ngan aku tahun nih aku beraya kat kl...atau negori (bapak n mak den punyo kg)bni aku org bachok...kuih akok peberet aku gak ooo...kat kl dia punya rasa takde umphhh...banyak pakai tepung...
Yana Ismail said…
Salam ziarah~

em,tak pernah rasa la kuih ni. nanti g sana br leh rasa. hehe;)

Slmt berpuasa:)salam ramadhan
Nia said…
Salam,

Akok tu aku tak pernah tengok lak org jual, biasa org tua2 yg buat, tu pun kt pantai timur aje la. tapi, memang pun yg jual kat sini kurang umpphh.

Popular Posts