AKU DEMAM...


Hari ini aku demam...
badanku panas...
air liurku pahit...
kepalaku pening...
mataku merah..
hidungku selsema..

hari ini aku mc..
kerjaku masih melambak..
aku kuatkan jari ini..
menyiapkan kerja...
untuk kuhantar mengikut masa...

dan hari ini aku kecewa..
aku terpaksa tinggalkan puasaku..
kerana aku terpaksa makan ubat..
untuk kebaikan aku..
untuk kembalikan kekuatanku..
untuk aku berpuasa esoknya..

hari ini aku demam....

Comments

Man In Black said…
Bro, jaga diri baik-baik.. Jangan bagi kat anak.. Dah dekat raya ni; sakit budak itu nanti susah, OK!!

Che
Yana Ismail said…
alaahai..rest baik3 ok...dan jgn lupa makan ubat..takot nanti melarat..

selamat hari raya dari princess dan family;)huhu
melayuangkat said…
Assalamualaikum anakku Azmi,

Mak Cik doakan agar kamu sembuh segara.

Makan ubat tepat pada waktu yang sepatutnya.

Jangan rapat sangat dengan anak buat waktu ini kalau boleh, dikuatiri akan berjangkit.

Minum air banyak banyak kalau boleh oren jus(vitamin C).

InsyaAllah, akan sembuh!! Jangan bimbang pasal kerja, bila dah sembuh nanti boleh habiskan.

Jaga diri baik baik.
Anonymous said…
salam... 1st time visit here... tuan umah demam plak... harap cpt baik demam la
man_helang said…
salam takziah dr aku...moga cpt sembuh...petua org tua2 minum sup aym panas...ko try la...
Nia said…
Salam,

Masih demam lagi ke? Dah baik kot hari nih, jg diri bebaik, nak raya dah ni..

Popular Posts