AKU, LASTIK DAN KELICAP....

Semalam dekat umah mak mertua aku, ternampak anak burung pipit..masih mentah lagi..terbang pun tak pandai sangat..agaknya terjatuh dari sarang..kesian..bila perhati anak burung pipit tu...teringat aku kisah kecik2 dulu..kisah tentang aku, lastik dan kelicap..masa dulu, time hujung minggu dan cuti sekolah amat aku nantikan..masa nilah aku boleh berkumpul bersama teman teman..bila dah berkumpul, macam macam benda nak dibuat..paling best masa tu adalah program melastik burung secara berkumpulan..bukan study jer berkumpulan..macam biasa, bila dah rancang tu..aku dan teman teman akan masuk semak, cari kayu bercabang untuk buat lastik..biasanya aku suka kayu dari dahan pokok kemunting dan senduduk..tahan kayunya..dah dapat yang berkenan, kayu diraut kasi cantik dipandang..lepas tu aku ke kedai pula beli getah dan pelapik anak batu..masa tu murah jer..seingat aku tak sampai 50 sen..sekarang tak tahulah berapa harganya..settle semua, aku dan teman teman akan bincang tempat atau semak samun mana untuk dimulakan operasi melastik sambil mengutip anak batu kelikir tepi jalan untuk dijadikan peluru...

Saat melastik bersama teman amat menyeronokkan..masa tu tak fikir dosa pahala..main redah jer..sasaran aku dan teman teman adalah apa saje jenis burung yang lalu depan mata..kecik..besar..semua mesti lastik..biasanya burung kelicap paling senang dilastik kerana jumlahnya yang banyak..modus operandi kami ialah lastik dan tangkap..maksudnya lastik hidup2..tapi apa saja boleh berlaku..dengan tarikan getah lastik dan anak batu sebesar ibu jari..mahu berkecai burung kelicap dibuatnya..dan itulah yang selalu berlaku..burung kelicap yang kononnya mahu hidup2 ..berkecai dek batu kelikir...kesian...apakan daya..macam aku cakap..masa tu tak pernah pikir dosa pahala..baligh pun belum..iutulah pengalaman masa kecik kecik dulu...

Bila teringat balik perihal anak burung pipit yang terjatuh semalam..sebenarnya hati ini tersentuh mengenang tingkah laku semasa zaman kanak kanak dulu..betapa "zalimnya" aku dan teman teman ketika itu..betapa "jahatnya" aku dan teman teman...andai masa boleh diundur..aku ingin kembali dan menghalang diri dan teman temanku melakukan perkara "zalim" tu...apa daya..masa telah berlalu.....

p/s: janganlah kita aniaya dan zalimi makhluk tuhan yang lain..



Comments

man_helang said…
bro...baru aku tahu senduduk nama lainnya kemunting...he he...aku dlu nagn bapak aku suka g mikat burung...jebak abah buat sendiri...tangkap burung (biasanya merbah) simpan dlm reban...bila dah banyak...beratus gak kekadang...abah semelih...goreng mkn ngan nasik...huh...sedapnyaaa...

eh!! ko burung helang ko tak lastik kan...ha ha ha
melayuangkat said…
Assalamualaikum Md Nor Azmi,

Masa itu belum 'berakal', siapa pun macam tu bukan kamu seorang yang lastik burung...tapi belum terlambat kita beristigfar mohon keampunan atas dosa kerana kejahilan masa lampau.

Anak kamu comel sekali, berapa bulan usianya??

Popular Posts