AKU RISAU PART 2..


Semalam aku risau memikirkan pasal anak kecilku..sebenarnya kalau ikut hari ni, pagi2 sebelum pergi keje aku kena hantar anak aku ke pusat jagaan..dalam pukul 4 pagi anak aku dah mula merengek...bagi susu pun tak nak sangat..pastu banyak plak buang air besar..risau aku dibuatnya..ingat lepas tu ok, anak aku ni merengek lagi..sampaila pukul 7 pagi...kalau ikut masa ni aku dah kena keluar rumah..dah jadi macamni, aku dan wife kedua duanya tak bersiap untuk pergi kerja..asyik dok risau pasal dia...akhirnya aku ngan wife dok umah jer..tak gi kerja la hari ni..terpaksala ambil EL..Hmm...hari ni, sampai tengahari anak aku dok merengek..macam tahu jer mak bapa dia nak antar dia ke pusat jagaan..dalam pukul 3 ptg, aku bawak anak aku ni jalan jalan..alhamdulllah, hilang merengek dia..lega rasa..esok pagi aku belum tahu macamana...apapun, esok kenala juga hantar..aku pun kene keje..wife pun sama..harap2 hari esok berjalan ngan baik la..insya Allah....

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

Nampaknya si Comel ini nak ajak mama dan papa dia makan angin.

Kadang kadang bayi buang buang air besar kerana berailh bulan, nak besar lagi, kata orang dulu dulu.

Mak Cik doakan dia lekas sembuh dan ceria semula agar kamu berdua boleh pergi kerja esok, InsyaAllah.
azmi yusof said…
betl agaknya makcik..dah nak masuk 5 bulan dah pun..
Anonymous said…
Bro,

Ini kerisauan seumur hidup ini bila dah ada anak...

P?
Anonymous said…
urm... kesiannya dak kicik tu....
en_me said…
me tersentap jap bila baca "wife kedua" ittewww.. ehehe, salammmz abang azmi teww
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
~PakKaramu~ said…
Assalamu'alaikum Wr,Wb

Anak itu adalah harta, ia salah satu daripada aset yang dapat menyelamatkan kita atas dasar do'anya bimbinglah dia ke jalan akidah, seperti kita menjaga harta yang dapat di menefaatkan

Insya Allah !
Unknown said…
alamak en-me..nasib baik lepas kedua tu ada keduanya..kalao tak naya...thanks..
onenadiana said…
kesian baby sya, dah sihat ke hari ni? Btw, biasa la tu 1st time parents mmg selalu risau bila nk hantar baby ke b-sitter. Kak diana pun camtu jugak dulu tapi e'thing turns out to be ok & firdaus pun dah extremely attached to his bbsitter family, dah jadi 2nd family pulak rasanya.

Anyway, harapnya semua berjalan lancar for both of u & baby sya. Take care.

Popular Posts