AKU RISAU..


Aku risau ni..hari isnin ni aku terpaksa hantar anak aku ke pusat jagaan..seminggu plak tu..biasanya aku tinggalkan anak aku ni pada nenek dia..cuti sekolah ni nenek dia nak gak bercuti..so, aku dah takde pilihan, terpaksala hantar ke pusat jagaan..dek kerana risau, 2 kali dah aku ngan wife pergi jenguk tempat jagaan tu..nampak ok la..semalam,jumaat aku dah prepare barang2 baby..aku terus hantar ke pusat jagaan tu..bukan apa ..taknak la kelam kabut isnin ni..aku tak tahulah macamana isnin ni..macam macam dalam benak ni..boleh ke anak aku dok situ?tak nangis ke?macamana kalau dia tak nak susu?macam macamla fikirnya..itu aku..wife aku lagila...ye la..sape tak risau..kalau anak dah besar takpela..ni baru 4 bulan...memangla risau..apapun,aku harap semuanya ok la....insya Allah...

Comments

Nia said…
Salam,

Insya Allah semua ok tu. Memang normal mak dengan ayah akan risau. Iye la, anak kan, nak dihantar pada orang luar, memang la mcm2 kita akan terfikir. Tapi, takpe, ok tu, dah survey tempat tu kan, lagi pun orang2 kat situ mesti dah ada pengalaman, mesti diaorg akan jaga baik2. (dalam masa yang sama menasihatkan diri sendiri ni, baby nanti terpaksa htr kat nursery jugak)..
Anonymous said…
Bro Azmi,

Bila dah ada anak, kerisauan lain macam pulak ye? Tapi ada baik juga bro; sekurang-kurangnya anak bro itu akan biasa nanti dgn org luar. Kalau tak nanti, mesti menangis dan malu bila berjumpa orang lain. Tapi.. tak sampai hatilah..

Bilalah kakak aku nak bagi anak buah?

Peguambela?
melayuangkat said…
Assalamualaikum anakku Azmi,

Mak Cik faham perasaan kamu dan perasaan isteri kamu. Mak Cik ingat lagi, masih segar di ingatan bagaimana anak sulung Mak Cik yang lelaki tu, pegang kuat kuat kain Mak Cik, tak mahu lepaskan..bila nak ditinggalkan dengan baby sitter.....

Sekarang usia dia 27 tahun, berada di Amerika sedang buat Phd dia, tapi yang dia tarik kain Mak Cik tu masa berusia tak sampai dua tahun pun sampai sekarang Mak Cik terasa..Naluri ibu..kuat betul.

Kamu berdua terpaksalah melalui apa yang ibu ibu lain lalui, kamu berdua kena fikir juga akan neneknya yang juga mahu bercuti. Biarkanlah dia berehat, masa itu diri dia.

InsyaAllah, bersangka baiklah. Segalanya akan baik. Doalah banyak banyak. Janganlah risau riasu sangat. Naluri ini biasa bagi semua ibu bapa, semua sayang pada anak masing masing dan mahu yang terbaik.

Dan ini yang terbaik..InsyaAllah.
Anonymous said…
insyaAllah xda apa la abg mie... hope baby oke ye... cian dia kena tinggai kt org

Popular Posts