CERITA 2 RINGGIT..

Cerita 2 ringgit ni berlaku semalam..hari jumaat...cerita pertama berlaku kat pejabat..biasanya pintu pejabat automatik kunci..tapi semalam tak pulak..jadi nak dijadikan cerita sebelum waktu rehat untuk pergi solat jumaat, masukla pakcik tua..orang pakistan..dia main tolak jer pintu..tak tekan loceng pun..semua dah tahu apa dia nak buat..semua pakat buat tak tahula..malas nak layan..aku plak masa tu dok sibuk buat keje..member aku sorang dok sebelah aku..elok jer dia panggil pakcik pakistan tu..apa lagi, pot pet pot pet la dia dok promo barang jualan kat kitaorang..member aku ni berkenan plak..so..belila satu..dah beli satu..pakcik ni melebih plak..ada dia paksa beli lagi..bila tak nak mula la dia membebel..ntah apa pun aku tak faham..ingat bila bayar settle la seme..tak rupanya..boleh plak dia kata dah beli barang kenala menderma plak..biasala..untuk kanak kanak pakistan katanya..si kawan aku ni tak nak dermala dah ..yelah..dah beli barang..pada kita sekalilah tu..aku yang dok sebelah ni plak yang jd mangsa..dah dia macam memaksa, aku hulurla 2 ringgit...boleh plak dia kata sikit!bengang betol!ambik jela orang dah bagi..banyak plak dia punya songel...aku buat bodo jela..last2 keluar la dia...geng geng lain lega tak kena...hm..sebenarnya bila jadi camni, 2 ringgit yang aku bagi tu dah macam tak ikhlas dah...lantaklah...dia yang buat jadi tak ikhlas....

cerita kedua plak lebih kurang sama..tapi ni makcik plak..tak jual barang, direct je mintak duit orang..balik solat jumaat, aku ngan kengkawan lepak gerai dulu..saja hilangkan haus tengahari..tengah borak2..datang makcik ni..tengok orangnya kesianla..dia kata takde duit nak beli makan..kawan aku ni baik hati, bagi air kat dia..dia tak minum pun..pastu dia kata nak duit..alasannya dia memang pelik..dia kata wayer lampu umah dia pecah..so kira nak duit untuk beli wayer barula..aku dah syak dah makcik ni kelentong..kawan aku yang bagi air tadi kata dia kesian tengok..so dia hulurla 2 ringgit..tahu makcik tu kata apa??ada 5 ringgit tak??hampeh betul...pastu mungkin tuhan nak tunjuk...makcik ni ke meja sebelah..sama jugak, dia mintak duit..meja sebelah ada pakcik..nampak macam polis..pakai baju biasa..bila kena mintak tu, pakcik ni terus gertak..mintak ic..tak semena2..makcik yang nampak tak bermaya tadi ni lari..bukan main laju dia lari..ilang macamtu jer..2 ringgit pun melayang....

hm...macam macam orang buat sekarang...menipu pun boleh jadi kaya..kalau 2 ringgit seorang dia dapat...kalau berpuluh orang baik hati macam aku dan kawan aku tu..kirala berapa orang2 ni akan dapat sehari..?kalah kita yang bekerja ni.....kesimpulannya, kita agaknya tak bole terlalu baik kot....ntahla...

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

Memang kita orang Malaysia terlalu BAIK HATI...

"Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima" Pesan baginda Rasulullah saw

Popular Posts