TAHU PUN.....!

Kerajaan Perak serah JAIP bendung judi, maksiat

IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.-UTUSAN ONLINE

-Masa jadi pembangkang bukan main kata kerajaan BN tak bendung perkara2 maksiat, judi, toto dll..bila memerintah banyak plak alasan dia..sekarang baru tahu betapa kerajaan BN bukan nya taknak ambil apa apa tindakan..tapi situasi negara kita tak membenarkan..pandai plak si Nizar tu bagi alasan..sama plak tu macam alasan BN buat..tak ke macamtu 2x5 jer?hampeh!!!


Comments

melayuangkat said…
Salam anakku,

Itulah........BARU dia TAHU!!!

Cakap senang cubalah buat.
Man In Black said…
Bro Azmi,

Saya terlupa saudara semalam. Saya minta maaf. Hakikatnya, saya banyak terlupa perkara mengenai hidup saya sekarang. Semalam hampir kehilangan iPod saya. Sudah nak naik bas balik, baru tersedar iPod tertinggal di kolej.

Saya lari balik mengharapkan yang buruk. Nasib baik, masih di atas meja kuliah. Saya sedar semalam, yang saya hidup untuk orang lain; bukan lagi untuk diri sendiri. Maka saya ambil keputusan untuk berhenti blogging. Kerana saya sendiri sudah tidak berpuas hati dengan penulisan saya.

Saya akan selalu jenguk kesini. Rasanya, kalau nak berhenti diri dari surf internet, payah sangat. Sekian dari Che..

Che
Anonymous said…
itula namanye cakap tak serupa bikin...terkena batang hidong sendiri baru tau...ingat senang nak jadi pemerintah?...apela nak diherankan...tgk muka si nizar tu pon dah tau takde ciri2 pemimpin..memang hampehhh!!.

Popular Posts