TAPAI...TAHUN NI AKU KEMPUNAN...

Tapai ni kena buat 2/3 hari awal..kena peram dahulu..biasanya..akulah orang pertama bukak bekas tapai yang diperam..lepas je mandi pagi raya..tapaila yang aku jamah dulu..Tahun ni..aku juga yang pertama membuka bekas peraman tapai..aku juga yang pertama menjamahnya...namun tahun ini perutku lain macam...perutku seolah tak mahu menerima tapai lagi...memulas...ahhh..aku kecewa..rugi..setahun mengidam...perut pulak buat hal...memang kecewa.....raya tahun ini aku tinggalkan tapai dengan perutku yang memulas...yang pasti...tahun hadapan aku tetap ingin menjadi yang pertama lagi menjamah tapai......
Comments
Mak Cik dengar Tapai Pantai Timur memang best. Banyak betul cerita tapai tapai ini yang kawan kawan Mak Cik dari Pantai Timur ceritakan.
Memang Pantai Timur ada banyak hidangan hidangan asli mereka. Apa lagi di saat saat hari raya begini, semua kenangan kembali.
Mak Cik faham perasaan kamu teringatkan sentuhan tangan Arwah Ibu kamu membuat Tapai.
Semuga Ruhnya sentiasa dicucuri Rahmat Illahi dan ditempatkan bersama ruh ruh mereka yang Soleh. Amin!
slmt hari raya bro:)