AKHIRNYA AKU PULANG...

Akhirnya...
dapat juga aku pulang ke kampung halamanku di hari raya ini...
dapat juga aku menikmati tembusan cahaya matahari dari celahan atap bata rumahku..
dapat juga aku mendengar lagu cengkerik di malam hari...
dapat juga aku mendengar kokokan ayam di subuh hening...

Akhirnya..
dapat juga aku bersama ayahku..
dapat juga aku kenalkan anakku kepada keluargaku..
dapat juga aku berkumpul bersama 11 adik beradikku...
dan dapat juga aku menziarahi pusara arwah emakku...

Akhirnya..
dapat juga aku menikmati hembusan angin laut cina selatan..
dapat juga aku jejakkan kaki ini di atas pepasir pantai nan memutih...
dapat juga aku basahkan kaki di gigi pantai nan berbuih...

Akhirnya..
aku gembira walau cuma seketika..
yang pasti..aku akan kembali di lain ketika...
kerana aku tahu asal usulku....

Comments

Man In Black said…
Imej baru chun woh....
Nia said…
Salam Azmi,
Selamat Hari Raya..heee
Comel la baby, girl kan..
melayuangkat said…
Assalamualaikum anakku,

Terharu Mak Cik baca posting kamu kali ini. Alhamdulillah, diizinkah Illahi kamu membuat segala yang telah dirancangkan. Syukur dapat semua tatap wajah Ayah, menghirup udara segar di kampung dan melihat ombak jernih yang memukul pantai.

Patutlah Rasulullah saw galakkan kita besarkan anak anak kita di desa desa. Di desa penuh ketenangan, kesegaran dan kurang sikit kepura-puraan.
Tapi nak buat macam mana kan? Peluang rezeki kita banyak di bandar bandar.

Selamat Kembali bertugas..Satu Amanah yang menanti.
azmi yusof said…
che..
sekali sekala kene berubah..heheheh

unlisted one..
baby girl..3 bulan dah..

makcik..
terima kasih..tulah..sebenarnya banyak benda nak dikongsi saat balik kampung..masa tak mengizinkan..sehari jer..penat drive pun tak hilang..

apapun..terima kasih semua..
Anonymous said…
comeyla anak azmi.. slmt hari raya :)

Popular Posts