SALAHKAH AKU BERFIKIRAN BEGINI....?


"Banjir di utara makin buruk"


ALOR STAR: Banjir di Kedah, Perak dan Pulau Pinang semakin buruk dengan hampir 3,000 mangsa dipindahkan sehingga petang semalam, manakala sekurang-kurangnya empat kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Paya Terubong, Air Itam, Pulau Pinang.

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu juga menyebabkan 4,400 hektar sawah di empat wilayah Mada � Kubang Pasu, Pendang, Kota Sarang Semut dan Perlis, ditenggelami air. Kebanyakan sawah itu sudah mempunyai anak padi berusia sebulan dan ada yang baru ditabur benih.(Berita harian online)

Bila terjadi bencana alam seperti ini..aku selalu teringatkan kata kata orang yang tidak suka kepada pemerintahan kerajaan BN setiap kali berlakunnya musibah di dalam negara kita..aku masih ingat ketika berlakunya tsunami..ada juga cakap cakap mengatakan ianya bala dari tuhan kepada kerajaan Pak Lah ketika itu...bila berlakunya banjir besar..juga ada yang mengatakan ianya juga balasan dia atas "kejahatan" kerajaan BN..banyak lagilah bencana alam yang berlaku dikaitkan dengan kerajaan yang memerintah...

Berbalik kepada tajuk post aku ni..salahkah aku jika aku juga berfikiran sepertimana mereka mereka itu???salahkah aku kiranya aku berfikiran bahawa apa yang terjadi di utara terutamanya sekarang ini merupakan bala daripada tuhan kepada kerajaan mereka??salahkah aku berfikiran bahawa kejadian banjir, tanah runtuh, terputus bekalan air,dan lain lain bencana yang makin kerap melanda negeri negeri PR ini sebagai balasan tuhan kepada mereka??salah kah aku???agaknya apa pulak alasan yang akan diberi jika ditanya kepada mereka mereka yang pernah berfikiran begini kepada kerajaan BN dahulu...?

Aku sekadar bertanya....

Comments

Man In Black said…
Bro,

Che ingat selalu Che aje yg cakap mcm itu; rupa-rupanya ada orang lain juga terfikir mcm itu.. No lah, ini semua secara kebetulan dan tiada kaitan sebenarnya..

Che: Tapi saya tetap kata begitu...
Cikgu Kool said…
Alamak...ingat daddy sorang jer...tapi dalam hati jer la..leh kerana bro azmi dah meluahkannya...terpaksa daddy pun mengaku sebegitu rupa jugak la...
man_helang said…
ha ha ha...kene tang muka sendiri...
melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia?.....tambahan pulak mulut orang Politik dan pengikut pengikut mereka.....

Mak Cik pun ingat masa tsunami dulu dia orang kata bala kerana Pak Lah..AstagfirullahalAzim...Agaknya sekarang bala siapa pula ya??

Dalam Al Quran pun ada ayat ayat yang meningatkan kita supaya jangan terlalu rasa "Aman" dengan apa yang disekeliling kita sebab bila bila pun bencana Allah swt itu boleh tiba dan turun. Wajar kita berwaspada selalu.

Apa-apa pun gambar Pemuda yang menolak/menyelamatkan itik-itik itu amat menarik sekali. Boleh menang hadiah ni. Kita semua ingat, itik suka main air!! Rupa rupanya orang pun suka main air jugak, ha ha..
Yana Ismail said…
hm..bala itu mesti ada hikmahnya kan?hmm..Allah saja yang tahu. btol tak bro?
Anonymous said…
Betul. Aku Sokong!! Tak Salah Berfikiran Begitu. Kerajaan BN Yang Salah. Sumer Salah Kerajaan BN. Bukan Salah Kerajaan PR. Bukan Salah PAS.

Kan ?

Popular Posts