31 July 2009

Kisah orang lebih islamik daripada orang lain...

Esok kalau jadi akan berlakulah perhimpunan jalanan menuntut ISA dihapuskan..entahlah..aku tak faham betul..daripada 20 lebih juta rakyat malaysia..berapa sangatla mereka yang kena tahan ISA..kalau ikut sekarang hanya tinggal belasan sahaja..kenapa sampai nak mansuhkan..kenapa benci sangat..?berbalik kepada tajuk di atas..banyak terbaca didalam blog2 yang kononnya mengatakan ISA tu tak ikut ajaran Islam..so itulah sebab utama yang menjadi "point" golongan GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan ISA ni..pada mereka ISA ni zalim tahap gaban..mungkin keluarga mereka pernah kena tahan kot?ntah...so..kira mereka ni islamik la..orang lain tak...untuk tujuan itu..maka berduyunlah esok mereka mereka yang kononnya islamik ni memenuhi jalan jalan di kl untuk berdemonstrasi...jadi aku pulak nak tanya diorang ni..buat perhimpunan yang mengganggu hidup orang lain tu ada ke Islam suruh??ajaran mana tu??tak pasal aku nak bawak anak bini jalan jalan KL esok terbantut..terlolong sana..terlolong sini..bak kata najib..sia sia sahaja..macam buat kerja bodoh..memang pun...menyusahkan...tak kisahla yang menyokong atau menbantah..semuanya kalau buat demonstrasi pada aku menyusahkan hidup orang..fikirlah sikit..orang lain pun nak menikmati hidup yang aman...bak kato ore kelate..bengong..bongok..bodo...tolol...pa lagi eh?...sendiri mau ingat...

29 July 2009

Minimalist part 2...














ni merupakan beberapa gambaran sambungan daripada minimalist ari tu...lebih kurang macamnilah rupa landskap depan rumah aku nanti....insya Allah...

ISA....kenapa kita perlu takut???

Sekarang dok sibuk ura ura akan ada perhimpunan memansuhkan ISA pada 1 ogos ni..ada jugak katanya perhimpunan menyokong ISA..Entahla...kenapalah boleh jadi macam ni...Kenapalah sesetengah golongan begitu mahukan ISA dimansuhkan?adakah kerana mereka takut??takut dikenakan ISA?Kenapa nak risau kalau kita tak buat salah..takde sapa yang sudipun nak tangkap kita..takde maknanya nak bubuh kita dalam kem kemunting sana kalo kita tak lakukan kesalahan...jadi kenapa kita yang tak buat salah ni nak sangat ISA tu dimansuhkan?biarlah ISA tu...dah gatal buat salah memang patutla masuk situ...duduk dalam masyarakat pun menyusahkan jer..
pada saya mereka yang mahu ISA DIMANSUH/HAPUS adalah mereka yang buat salah..mereka yang bimbang dihumban kedalam kem kamunting..dan mereka yang tak penah sedar diri yang selama ini mereka hidup aman damai kebanyakan disebabkan adanya ISA itulah...susahnya apabila mata dan hati dibutakan kerana kuasa politik...apa yang nampak sekarang..mereka yang salah semakin diagungkan...disanjung...usahkan ISA..satu masa polis pun dah tak boleh buat apa..nak tangkap tak boleh...nak soal siasat pun tak boleh...mungkin juga sampai masa nanti sesi soal siasat polis pun kita terpaksa buat siaran langsung kat tv..ye la kan..kononnya untuk "keadilan" pesalah....
1 ogos ni tak tahulah macamana keadaannya...tok tok ketua pebangkan katanya semua nak join..rasanya elok benar dapat sembur dengan air sungai kelang...biar padan muka semua yang pergi...memalukan..bak kata ore kelate..bodo,bengong,tolol,..banyak lagilah....pikirlah sendiri...

28 July 2009

Minimalist...





Lamanya rasa tak update blog ni...banyak benda nak kena buat..kena fikir..apapun kali ni saja nak kongsi apa yang telah aku buat sehari dua ni..sebenarnya sebelum jadi macam dalam gambar kat atas tu..kawasan sekangkang kera ni penuh ngan rumput dan rumpai..hodoh benor kalo orang tengok..lama jugakla tak terurus..hampir 2 bulan selepas kami pindah masuk rumah ni..so..untuk fasa pertama ni..tanam rumput dan buat water fountain..simple dan minimalist...tak lama buat benda ni semua..tanam rumput sehari...buat fountain sehari...sebenarnya boleh lagi cepat kalo ada masa terluang...so..kesimpulannya..kalo ada idea dan keinginan, tak payahla nak soh eric leong buatkan..atau upah orang..banyak guna duit..sedangkan kita boleh buat tanpa mengeluarkan modal yang banyak..cakap pasal kos..semua kat atas tu amatlah murah kalo nak dibandingkan upah orang buat..rumput 6m square rm 36...batu putih/white gravel satu bungkus rm 15...2 biji tempayan rm 150...boleh dapat lagi murah sebenarnya..dan akhir sekali submersible pump rm 40...seme sekali tak saapai rm 250...bayangkan kalau upah orang...hmm..itulah cerita fasa pertama projek melandskapkan halaman rumah aku ni..fasa kedua nanti melibatkan tanaman plak...akan di update kemudian..so sekarang..balik kerja dapatlah tenangkan dan rehatkan minda mendengar bunyi air dari tempayan hasil buatan sendiri...puas....

19 July 2009

Entahlah...

Semakin hari semakin kalut situasi politik tanah air kita ni..kematian setiausaha politik exco selangor menambahkan lagi perisa kekalutan ini..tidak sampai 24 jam kematian, tuduhan bertalu talu ditujukan kepada sprm..bagaimana tuduhan seberat ini boleh ditujukan tanpa sebarang bukti yang kukuh..?adakah begitu senang?dan semakin ramai orang islam terutamanya pemimpin PR sama sama "bertahlil" untuk mendiang..sama sama menuding jari ke arah sprm...inilah yang berlaku apabila perkara berlaku yang mana ianya boleh membawa keuntungan kepada pihak mereka....tanpa soal selidik dan bukti pun mereka dengan senangnya menyalahkan pihak tertentu..

pening memikirkan perkara yang kadang seolah semuanya dirancang...apabila tuduhan dilemparkan kepada sprm..secara jelasnya kepada UMNO/BN lah tu...aku terfikir sejenak..kenapa pulak BN/umno/sprm nak cari pasal bunuh orang??tak ke bodoh namanya?takkanlah dalam keadaan baru sahaja nak menarik kembali sokongan masyarakat mereeka buat kerja bodoh dengan bunuh orang??pelik bukan..?hmm..kadang terfikir jugak kes altantuya dulu pun dirancang pihak tertentu untuk memburukkan bn/umno...sekadar berfikir secara logik...

14 July 2009

Minggu lepas...


Minggu lepas,hari rabu..balik kerja dapat berita sedih..nenek wife meninggal..tak sempat melawat arwah di hospital kerana masa yang singkat..arwah sempat berada di hospital beberapa jam sahaja...arwah dikebumikan di Beserah, Kuantan...malam khamis juga kami sekeluarga bertolak ke kuantan..sempatlah aku sembahyang untuk jenazah sebelum dikebumikan...so, hari khamis EL la...malam plak sempat bertahlil beramai ramai...alhamdulillah..ramai keluarga terdekat ada bersama pada malam tersebut...Hari jumaat bertolak pulang ke kl...cuti lagi...minggu lepas minggu bersedihla....apapun, semoga roh nenek dicucuri rahmat-Nya..amin...

02 July 2009

Makcik...





Inilah gaya apabila "makcik" dah mula mencuba pakai tudung..