Minimalist...





Lamanya rasa tak update blog ni...banyak benda nak kena buat..kena fikir..apapun kali ni saja nak kongsi apa yang telah aku buat sehari dua ni..sebenarnya sebelum jadi macam dalam gambar kat atas tu..kawasan sekangkang kera ni penuh ngan rumput dan rumpai..hodoh benor kalo orang tengok..lama jugakla tak terurus..hampir 2 bulan selepas kami pindah masuk rumah ni..so..untuk fasa pertama ni..tanam rumput dan buat water fountain..simple dan minimalist...tak lama buat benda ni semua..tanam rumput sehari...buat fountain sehari...sebenarnya boleh lagi cepat kalo ada masa terluang...so..kesimpulannya..kalo ada idea dan keinginan, tak payahla nak soh eric leong buatkan..atau upah orang..banyak guna duit..sedangkan kita boleh buat tanpa mengeluarkan modal yang banyak..cakap pasal kos..semua kat atas tu amatlah murah kalo nak dibandingkan upah orang buat..rumput 6m square rm 36...batu putih/white gravel satu bungkus rm 15...2 biji tempayan rm 150...boleh dapat lagi murah sebenarnya..dan akhir sekali submersible pump rm 40...seme sekali tak saapai rm 250...bayangkan kalau upah orang...hmm..itulah cerita fasa pertama projek melandskapkan halaman rumah aku ni..fasa kedua nanti melibatkan tanaman plak...akan di update kemudian..so sekarang..balik kerja dapatlah tenangkan dan rehatkan minda mendengar bunyi air dari tempayan hasil buatan sendiri...puas....

Comments

Anonymous said…
Minimalist tapi classy..
azmi yusof said…
This comment has been removed by the author.
azmi yusof said…
thanks bro..biar nampak calassy walo sebenarnya takdela calassy mana pun..
melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

Hmmm, menarik juga. Sebenarnya Azmi..bukan pasal kawasan rumah kita luas atau sempit; yang mustahak ia rapi, kemas dan bersih. Ini bagi diri Mak Ciklah.

Water fountain memang baik untuk hiasan atau sengaja suka dengan bunyi air dan kadang kadang suka juga bila lihat seekor dua burung datang tumpang minum...

Ramai yang minat carpet grass dari cow grass..kata mereka carpet grass senang nak maintain. Azmi lebih arif dalam isu ini...
zara aluwi said…
Sikit lagi tentu semakin cantik pemandangan di porch rumah Azmi tu. Orang pakar dalam bidang landcaping ni tentu kreatif dengan idea-idea classy dan contemporary.
azmi yusof said…
makcik..
ada beza cow grass ngan carpet grass..yang saya tanam tu carpet grass/zoysia matrella..sebenarnya carpet grass kalau tak maintain lagi buruk jadinya..sampai masa bila kita potong dia akan menampakkan umbi yang bukan lagi hijau..akan jadi warna coklat dah..lagi satu sebenarnya rumput carpet tempat membiak lipan..tu yang bahaya skit..cow gras plak kalau kawasan luas elokla tanam..lagi senang maintain sebenarnya..murah..
makcik zara..
tula.insya Allah..buat tu pun nak kena ada masa terluang...nanti dah tambah pokok nampakla cantik skit..
nampak cntik n klasik tau...nampak cm labu sayung..rupanya 2 tempayan jd satu..sungguh kreatif..=)

Popular Posts