ISA....kenapa kita perlu takut???

Sekarang dok sibuk ura ura akan ada perhimpunan memansuhkan ISA pada 1 ogos ni..ada jugak katanya perhimpunan menyokong ISA..Entahla...kenapalah boleh jadi macam ni...Kenapalah sesetengah golongan begitu mahukan ISA dimansuhkan?adakah kerana mereka takut??takut dikenakan ISA?Kenapa nak risau kalau kita tak buat salah..takde sapa yang sudipun nak tangkap kita..takde maknanya nak bubuh kita dalam kem kemunting sana kalo kita tak lakukan kesalahan...jadi kenapa kita yang tak buat salah ni nak sangat ISA tu dimansuhkan?biarlah ISA tu...dah gatal buat salah memang patutla masuk situ...duduk dalam masyarakat pun menyusahkan jer..
pada saya mereka yang mahu ISA DIMANSUH/HAPUS adalah mereka yang buat salah..mereka yang bimbang dihumban kedalam kem kamunting..dan mereka yang tak penah sedar diri yang selama ini mereka hidup aman damai kebanyakan disebabkan adanya ISA itulah...susahnya apabila mata dan hati dibutakan kerana kuasa politik...apa yang nampak sekarang..mereka yang salah semakin diagungkan...disanjung...usahkan ISA..satu masa polis pun dah tak boleh buat apa..nak tangkap tak boleh...nak soal siasat pun tak boleh...mungkin juga sampai masa nanti sesi soal siasat polis pun kita terpaksa buat siaran langsung kat tv..ye la kan..kononnya untuk "keadilan" pesalah....
1 ogos ni tak tahulah macamana keadaannya...tok tok ketua pebangkan katanya semua nak join..rasanya elok benar dapat sembur dengan air sungai kelang...biar padan muka semua yang pergi...memalukan..bak kata ore kelate..bodo,bengong,tolol,..banyak lagilah....pikirlah sendiri...

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

Yang takut ISA tu sebab mereka ada SALAH lah. Kalau rakyat biasa macam kita yang buat hal masing masing, ikut undang undang apa nak takut walau pada BAPAK ISA???

ISA masih perlu dan relevan kalau tanya Mak Cik. Ini demi kepentingan keAmanan dan kesejahteraan kita semua. Tambahan sekarang DAP dah naik tokchang sebab berganding dengan Melayu berserban besar dan Berjubah labuh.

DAP akan guna kesempatan ini untuk mengeruhkan suasana AMAN TENTERAM. Ia akan pastikan rakyat akan Syak wasangka sesama sendiri dan tak yakin pada Polis dan BN. Jadi senang nanti mereka nak 'MASUK".

Ayuh Azmi, kita ganding bahu buat apa yang patut dan terdaya. Walaupun kita bukan dari parti mana-mana tapi kita akur dan tahu yang mana kaca dan yang mana permata.

Pertahanankan Negera tercinta demi untuk yang bayi macam Sya dan yang lain-lainnya......
zara aluwi said…
Kita mesti berganding bahu sama-sama mempertahan dan berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA ini. Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA. Kesejahteraan, keharmonian dan kepentingan Melayu sekarang telah diperkotak-katikkan oleh bangsa yang dahulunya pendatang.

Hampeh!!! Tak guna betul orang-orang ni. Tak ada sifat sayangkan bangsa dan negara. Mereka ini tak sedar sedang dipergunakan dan berkompromi dengan musuh dalam selimut.
Basuh Baju said…
begini saudara..

ISA adalah undang2 yang menyalahi hukum Islam..

Islam memberi hak kepada umatnya untuk dibicarakan dan dibuktikan kesalahannya..

Ini Islam yang cakap. Bukan saya cakap..

ISA jelas tidak memberikan hak tersebut kepada mereka yg ditangkap utk dibicarakan di mahkamah..itu sahaja..

saranan saya, kalau tak nak mansuhkan pun, ISA perlu dipinda dengan memberi peruntukan agar setiap mereka yg ditangkap dibicarakan di mahkamah..

salam ziarah
zedmagel said…
Salam Bro Azmi,

Saya sokong ISA untuk kesejahteraan semua rakyat. Siapa kata ISA tiada dibicara, kesiannya. Fahamlah ISA dan dalami baru boleh komen.

Sila lawati blog penghuni gua@ ariff omar...baru kita faham.

Popular Posts