Minggu lepas...


Minggu lepas,hari rabu..balik kerja dapat berita sedih..nenek wife meninggal..tak sempat melawat arwah di hospital kerana masa yang singkat..arwah sempat berada di hospital beberapa jam sahaja...arwah dikebumikan di Beserah, Kuantan...malam khamis juga kami sekeluarga bertolak ke kuantan..sempatlah aku sembahyang untuk jenazah sebelum dikebumikan...so, hari khamis EL la...malam plak sempat bertahlil beramai ramai...alhamdulillah..ramai keluarga terdekat ada bersama pada malam tersebut...Hari jumaat bertolak pulang ke kl...cuti lagi...minggu lepas minggu bersedihla....apapun, semoga roh nenek dicucuri rahmat-Nya..amin...

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

TAKZIAH dari Mak Cik buat kamu sekeluarga.

Semoga Allah swt mencucuri Rahmat berkekalan ke atas ruh Allahyarhamah.

Al Fatihah.
zara aluwi said…
Assalamualaikum Azmi,
Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di tempat orang-orang beriman. Amin.
salam..
takziah awak...moga rohnya ditptkan dikalagan org yg beriman..

al-fatihah..

lama dah tak jenguk sini..sya pe kabar?

Popular Posts