
Tahun ini insya Allah, aku sekeluarga akan mempunyai rumah sendiri..setelah duit dibuang untuk menyewa, aku teringin juga untuk memiliki rumah sendiri..jika sekarang, duit sewa dibayar..sedangkan pada hakikatnya rumah bukannya milik aku..aku tidak bebas untuk berbuat apapun kepada rumah yang disewa...nak ketuk paku kat didinding pun takut..takut owner marah...insya Allah, tahun ni..aku akan bayar apa yang menjadi milik aku sendiri..aku bebas berbuat apa sahaja..nak cat..nak ketuk..nak paku..semuanya aku boleh lakukan..
Berbalik pasal beli rumah..aku merasa sangat bertuah kerana dalam kegawatan ini masih ada bank yang sudi memberi pinjaman 90%..dalam hampir 6 bank yang kami mohon pinjaman perumahan, hanya Public Bank yang sanggup bagi 90% dan interest yang berpatutan...ada beberapa ejen bank lain terus terang mengatakan kepada kami, terima sahajalah pinjaman Public Bank tu..kerana mereka rasa mereka tidak mampu memberi sepertimana Public Bank bagi..sampai ke tahap itu..semuanya gara gara kegawatan ekonomi sekarang...nasib baik menyebelahi kami..alhamdulillah..
Berbalik kepada rumah pula..insya Allah, jika tiada aral, aku, isteri dan anak kecilku akan masuk kerumah baru kami sekitar bulan mac...Insya Allah..apa yang untungnya lagi..rumah yang kami beli hampir 100% sudah ada perabot..kami hanya perlu tambah apa yang perlu sahaja...Alhamdulillah, di saat gawat begini..masih ada sinar yang diberikan tuhan..Alhamdulillah....
*saje bercerita.....sedih mengenangkan nasib penduduk di Gaza yang saban hari rumah di bom..Syukur kita masih bebas membeli dan membina rumah di sini....