BELI RUMAH...


Tahun ini insya Allah, aku sekeluarga akan mempunyai rumah sendiri..setelah duit dibuang untuk menyewa, aku teringin juga untuk memiliki rumah sendiri..jika sekarang, duit sewa dibayar..sedangkan pada hakikatnya rumah bukannya milik aku..aku tidak bebas untuk berbuat apapun kepada rumah yang disewa...nak ketuk paku kat didinding pun takut..takut owner marah...insya Allah, tahun ni..aku akan bayar apa yang menjadi milik aku sendiri..aku bebas berbuat apa sahaja..nak cat..nak ketuk..nak paku..semuanya aku boleh lakukan..
Berbalik pasal beli rumah..aku merasa sangat bertuah kerana dalam kegawatan ini masih ada bank yang sudi memberi pinjaman 90%..dalam hampir 6 bank yang kami mohon pinjaman perumahan, hanya Public Bank yang sanggup bagi 90% dan interest yang berpatutan...ada beberapa ejen bank lain terus terang mengatakan kepada kami, terima sahajalah pinjaman Public Bank tu..kerana mereka rasa mereka tidak mampu memberi sepertimana Public Bank bagi..sampai ke tahap itu..semuanya gara gara kegawatan ekonomi sekarang...nasib baik menyebelahi kami..alhamdulillah..
Berbalik kepada rumah pula..insya Allah, jika tiada aral, aku, isteri dan anak kecilku akan masuk kerumah baru kami sekitar bulan mac...Insya Allah..apa yang untungnya lagi..rumah yang kami beli hampir 100% sudah ada perabot..kami hanya perlu tambah apa yang perlu sahaja...Alhamdulillah, di saat gawat begini..masih ada sinar yang diberikan tuhan..Alhamdulillah....
*saje bercerita.....sedih mengenangkan nasib penduduk di Gaza yang saban hari rumah di bom..Syukur kita masih bebas membeli dan membina rumah di sini....

Comments

Anonymous said…
Sekalung tahniah bro.. Memang berbaloi duit sewa itu jadikan sebagai investment untuk teratak bro sendiri..

Satu peringatan, Public Bank sangat strict dalam hal pengutipan semula dan pengurusan kredit. Jadi saya sarankan bro sentiasa memastikan pembayaran balik dsb ikut masa.

Che
syukran...alhamdulilah..rezeki Allah tak kira masa..pastikan ada...insyAllah :)
the Stalker said…
waa azmi dh beli umah. nanti jgn lupe jemput p kenduri.. hehe (haha. ye, akhirnye ade blog. yelah duk umah tak wat ape2, br ade idea dan mase. hehe. kim slm rkn2 opis.:))
melayuangkat said…
Assalamualaikum Anakku Azmi sekeluarga,

Alhamdulillah, Mak Cik tumpang gembira atas berita ini. Alhamdulillah!!

Kamu seorang yang Bersyukur, Mak Cik percaya Allah swt akan tambah lagi nikmat Rezeki yang kamu sekeluarga kecapi sekarang kepada yang lebih berganda sebagaimana janjinya.

Kamu seorang yang berwawasan dan Mak Cik lihat pada usia semuda ini sudah ada visi dalam kehidupan berumahtangga.

Tahniah sekali lagi dan jangan lupa nanti ambil gambar rumah dan letak dalam blog, kami semua nak tengok dan tumpang gembira!!
onenadiana said…
Azmi... tahniah dah beli rumah baru. Bestkan... kira cam birthday present untuk azmi dan azlia la ni.
Bagus la, siap fully furnished lagi. Kim salam azlia ok

Popular Posts