Balik Kampung...(berangan)..



Hmmm..sebenarnya aku rindukan kampung halamanku..tengok orang asyik balik kampung terasa begitu cemburu..apa daya..kampung bukannya dekat..nak balik kena ada fulus...kena ada cuti..sejak raya tahun lepas, sampai sekarang masih belum jejakkan kaki ke kampung halamanku..anak pun dah nak boleh berjalan dah..so hari ni aku mengelamunla..konon balik kampung...nasib ada google earth..sekelip mata aku sampai ke kampung ku...


kampung banggol, setiu terengganu..


Inilah kampungku..sekejap sahaja aku dah sampai..bila tengok , besar jugak kampung aku ni..kalau dulu dulu, bila kat kampung aku pastikan aku merayau dari sungai ke hutan..dari sawah ke ladang..saja meninjau suasana kampung..macam ketua kampung plak ye..ok la tu..anak bekas ketua kampung katakan..hehehehe..macamanalah keadaanya sekarang..ntah apa yang berubah pun aku tak tahu..tak sabar nak balik sebenarnya...nak bawak anak kecilku mengenali ayam,itik,kerbau dan lembu...asyik dok tengok kereta motor jer kat kl ni..



tanah perkuburan..


yang ini sayu sikitla..ni kawasan kubur kampung aku..cakap pasal kubur kalau ada hubungan dengannya memangla sedih..kat sinilah bersemadinya arwah mak..lama tak ziarah sejak raya ari tu..kalau tengok dari udara ni, kat tengah tengah tu ada pokok ketereh/gajus..kat bawah tulah kubur2 ahli keluargaku..balik raya ari tu dah kene tebang plak pokok gajus ni...sapa la yang tebang...?

pantai bari,setiu..

akhir sekali..yang nilah paling best..tiap kali balik kampung,pastinya pantai bari menjadi tempat berkelah sekeluarga..cantik pantai ni..pasit memutih..remis pun banyak..sambil berkelah makan sotong dan ikan goreng tepung..memang best..tak jauh dari rumah..10 minit naik kete..hmm..cukuplah berangan untuk kali ni..sampai masa memang kena balik kampung juga..cuma ntah bila...keadaan masih tak mengizinkan...yang pasti, insya allah, ada masa dan peluang, aku akan balik...



Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

Mak Cik faham perasaan kamu.

Tiap kali Mak Cik ke kubur arwah Mak Angkat Mak Cik seolah dia ada di situ, terasa benar saat dia membela Mak Cik masa kecil kecil dulu.

Sampai bila pun Mak Cik tak akan dapat balas budi baik dia bela Mak Cik.

Mak Cik faham mengapa kamu rindu pada kampung halaman yang begitu indah. Mak Cik pun dah lama tak ke KT, dengar khabar dah banyak perubahan.

Semoga Perubahan itu kepada kebaikan kita bersama. InsyaAllah satu hari Mak Cik hendak juga bercuti ke sana.

Sya tentu seronok berlari atas pantai di situ. Pantai di Terenggau masih bersih dan terkawal, InsyaAllah setakat yang Mak Cik tahu.
Anonymous said…
sayu...
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
onenadiana said…
Azmi, kak diana balik 1st May ni..
Jom la balik sekali, kitorang pun bertiga je.
zara aluwi said…
Assalamualaikum Azmi,

Sayu hati mak cik membaca keluhan Azmi teringatkan kampung. Insya-Allah ada rezeki angan-angan nak balik kampung itu akan muncul jua. Sementara ini, dapat tengok dalam google mapping jadi lah. Bak kata orang-orang tua 'dapat tengok bumbung pun dah cukup' lepas juga rindu.

Cantik betul pantai tu... terasa ingin bawa anak-anak bercuti ke sana.
armani said…
Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Ismail di http://jamilismail.blogspot.com

Hantam produk munafik itu cukup cukup
balik nanti ajak kita jugak..nak g pntai..nak itut..nak itut :)

Popular Posts