MENUNGGU MASA...
Hari ini..saat ini..aku akan menanti dengan penuh kesabaran kesudahan cerita tentang apa yang aku anggapkan satu rancangan teliti untuk merampas kuasa oleh mereka yang begitu berkehendakkan kuasa dan pangkat..Jika tarikh 16 september yang dilaungkan tidak menjadi kenyataan, aku tetap aku..menyokong pemerintah yang telah diberi mandat untuk memerintah secara adil...dan jika pada 16 september ini, berlakunya rampasan kuasa secara jahat..aku juga tetap aku..akan menjadi sebahagian daripada rakyat yang akan menentang peralihan kuasa secara jahat ini..pada aku siapa jua yang memerintah, tetap akan ada pembangkangnya..dan yang aku tahu, aku adalah sebahagian daripadanya...aku tahu, aku bukan bersendirian..masih ramai teman temanku yang masih berfikiran waras...percayalah..tiap kejahatan pasti akan ada balasannya kelak.....
Comments
Apa khabar kamu sekeluarga sekarang? Mak Cik doakan kamu sekeluarga sentiasa dalam peliharaan Allah swt dan didalam keberkatanNYA.
Seperti kamu, Mak Cik pun tidak setuju jika ada peralihan kuasa tampuk pemerintahan dengan cara 'jahat'.
Mak Cik doakan ianya tidak akan menjadi. Agar kita semua dipelihara dari pemimpin tidak berhemah dan berakhlaq buruk. InsyaAllah.
hm..macam2kan. tak prnah habis cerita politik ni;p..hehe
Mak Cik pun terima banyak sms yang 'lega' kerana apa yang diidamkan tidak berlaku pada 16-9-2008 ini.
InsyaAllah tidak.