BILA POLITIK MENJADI PENGHALANG....


Hari ni, seharian aku dan rakan sekerja berada di Hulu Langat..tujuan aku disana adalah untuk mendapatkan maklumat tentang profil kampung kampung di kawasan tersebut. Perkara pertama yang kami diberitahu adalah situasi sekarang sudah berbeza..kini terdapat 2 pentadbir yang mentadbir kampung di Selangor..maksudnya setiap kampung mempunyai 2 ketua kampung..satu daripada PR..Satu lagi pula merupakan ketua kampung asal daripada kerajaan BN sbelum ini..orang yang kami jumpa adalah ketua kampung asal..bukannya dari PR.Ini adalah kerana mengikut sumber2, merekalah yang lebih layak untuk bercerita mengenai kampung mereka berbanding Ketua Kampung PR yang ada antaranya tak tahu apa pun pasal kampung mereka..

Sambil kami diberi penerangan oleh tok tok ketua tentang kampung mereka, pasti terselit rasa kecewa mereka kerana usaha mereka selama ini seolah tidak dihargai langsung oleh kerajaan PR sekarang..Banyak perkara yang ditimbulkan mereka seperti mengatakan mereka kini sudah tidak dibenaran langsung menggunakan kemudahan seperti balairaya, dewan dan sebagainya di kampung mereka sendiri...perkara sama berlaku di Terengganu satu masa dahulu...Apa yang menyedihkan mereka, ada antara kemudahan kampung sebenarnya terbina hasil keringat dan titik peluh mereka kini menjadi kawasan larangan kepada mereka..seolah kerajaan PR sekarang hanya cuci kaki..masuk kedalam rumah yang telah tersedia perabotnya..tanpa mahu berterima kasih kepada mereka yang menyediakan perabot tersebut..itulah relaiti yang dihadapi mereka di peringkat bawah yang banyak antara kita terlepas pandang..

Satu lagi perkara yang menjadi permasalahan mereka ketika ini adalah isu penggunaan masjid..Cuba bayangkan, selama berpuluh tahun, setiap bulan ramadan, pastinya mereka akan mengadakan majlis berbuka puasa di masjid kampung mereka..kini mereka dihalang berbuat begitu kononya bermotifkan politik..apakah perasaan mereka jika majlis berbuka puasa pun dikatakan bermotifkan politik...kita tidak hairan jika perkara ini berlaku semasa pemerintahan BN..kerana apa sahaja yang dibuat dan dijalankan kerajaan BN pada mereka semuanya tidak betul..tapi kita bercakap mengenai sebuah kerajaan rakyat yang kononnya baik belaka..jujur..amanah..berkebajikan..kenapa mereka juga bertindak begitu?...menurut tok tok ketua, kini semakin nampak bibit perpecahan di kalangan penduduk..malah mungkin juga akan menjurus kepada pergaduhan disebabkan masalah yang timbul ini...

Di akhir perbincangan..ada lagi nada kekecewaan diluahkan.."kami menjaga dan bersama memakmurkan kampung kami, tiba saat ini, kami dilayan seolah kami tidak pernah berbuat apa sebelum ini"...aku pulang dengan seribu persoalan bermain di benak....adakah ini yang kita inginkan??adakah ini caranya sebuah kerajaan yang mengatakan diri mereka baik segalanya??.........renungkanlah...dan cubalah kita mendengar rintihan kepahitan mereka yang di bawah..jangan hanya kita mendengar kata kata manis orang di atas.....

Comments

Anonymous said…
Itu biasa le, kalau parti lain yang memerintah, parti lain kata mereka teraniaya...rasanya sama je apa yang terjadi pada Pas masa dia orang jadi pembangkang di Selangor dulu. Tiada yang pelek pun.
azmi yusof said…
BUKAN MASALAH TERANIAYA..masalahnya kalau betul PR kata mereka memperjuangkan keadilan..amanah..berkebajikan..kenapa mereka juga mesti ikut cara kerajaan lama yang kononnya zalim..rasuah..dan sebagainya?itu yang menjadi persoalannya..kalau tidak 2x5 sahaja lah perangainya..
Anonymous said…
So conclusiionnya senang aje...dua2 parti tak boleh diambilkira...hai bila lah ada parti yang betul2 tulus dan menjaga rakyat sebetulnya......
azmi yusof said…
tepat sekali..kesimpulannya di sini juga adalah..kita janganlah suka asyik mengata orang tidak betul..kerana sampai masanya nanti orang juga akan mengata kita...walaupun mungkin pada kita betul semuanya...apa kata anonymous bersama kita dalam dunia blog ni..kongsi pandangan..
Anonymous said…
i love too but i'm not a blogger and i don't know how to create one. Tried once but failed.
azmi yusof said…
to anon..just go to blogger.com..create blog..senang jer..
Man In Black said…
Bro,

Sebenarnya, lebih bagus kalau ketua-ketua kampung kita ini politically neutral. Ertinya tak memihak sesiapa. Bukan ahli parti mana-mana. Jaga orang kampung. Tapi nak buat macam mana, org kita ini suka menglabel dia orang itu; orang ini.. akhirnya, tak pasal-pasal org kampung juga dapat natijah.

Cerita dewan org ramai ini dah banyak berkumandang; nasib baik area kita ini masih DBKL; walaupun KL ini hot PR. Takkan budak-budak nak pakai untuk aktiviti riadah pun nak halang. Lepas itu kalau berpeleseran di sana-sini; nak tuduh siapa?

Che: Che rembat martabak dah; tetapi kentangnya lebih dari ayam.. Macam mana ini?!
azmi yusof said…
betul che..apa nak buat..ketua kampung dilantik oleh orang politik jugak..nak senang kene ada pilihanraya kampungla..biar penduduk yang pilih..pasal kemudahan ni, kat terengganu dulu lagi teruk.siap mangga pintu lagi..budak tadika dihalaunya..nak main pingpong kat dewan pun susah...apa daa...

che..pasal murtabak tu..tu masalah peniaga yang tak ikhlas namanya..kalo ikut berdosa diorang tu..jual makanan yang tak ikut resepi sebenar..
melayuangkat said…
Assalamualaikum Md Nor Azmi,

Cuba bayangkan, (Waliyazubillah) kalau PR ambil alih seluruh pentadbiran Negara. Bayangkan macam mana kecohnya.

Joli kataklah Lim Kit Siang dan anak anaknya kalau Bank Negara Malaysia dalam tangan mereka. Seramnya!!

Dan bagaimana pula jika ATM, TUDM, TLDM juga dibawah pemerintahan mereka!!

Mak Cik takut dan tak dapat bayangkan apa akan berlaku!! Minta dijauhkan dari Allah swt perkara sebegini!!

Baru tadbir Selangor pun dah kecoh macam ini, bayangkan kalau mereka take over the whole country!!!!

Ya Allah Ya Salam, lindungilah dan Selamatkanlah Negara kami!!
azmi yusof said…
betul makcik..saya tahu ramai golongan muda seperti saya nilah yang banyak menyokong mereka..ntahla..apa yang mereka nak pun saya tak faham..bila saya ada anak, mula terfikir masa depan anak saya..apa agaknya nasib anak anak kita nanti..
hHh™ said…
Sebenarnya dia bukanlah masalah apa yang orang nampak pada PR tapi apa yang orang tak nampak pada BN. Dan saya ada terbaca komen saudara di drkhir.com. Apa maksud saudara rakyat lebih berkuasa daripada kerajaan jadi satu masalah. Saudara kena faham yang kuasa MEMANG di tangan kita. Kerajaan yang patut dengar cakap rakyat, bukan sebaliknya. Kalau rakyat kurang berkuasa daripada kerajaan, kenapa ada pilihanraya? Tujuan pilihanraya adalah untuk kita gunakan kuasa kita untuk memberi mandat untuk mereka berjuang@membela nasib rakyat. Jadi janganlah silap konsep ya.
Masalahnya adalah kebanyakan orang takut akan perubahan. Bagi saya sendiri (yang bukanlah penyokong PR pun), baik diberi peluang pada PR bentuk kerajaan, jika tidak meyakinkan, pilihanraya akan datang buang mandat mereka (Ini sama dengan apa yang BN katakan untuk kempen mereka di Kelantan). Senang kan? Memang ia tidak semudah itu, tapi lebih baik daripada berada di bawah sebuah PM yang lemah (sangat). Ya, memang tiada jaminan yang PM pilihan PR akan jauh lebih hebat tapi apa yang pasti, PM sekarang memang terserlah kelemahannya dan meletakkan Malaysia di kedudukan paling bawah semenjak kita mencapai kemerdekaan.
azmi yusof said…
terima kasih hhh..baru buat blog ye..apapun terima kasih sekali lagi..memang betul rakyat yang mempunyai kuasa..kalau betul saudara inginkan rakyat lebih berkuasa daripada kerajaan, tak perlulah kita bazirkan wang dan tenaga buat pilihanraya pilih kerajaan.. biarlah semua keputusan rakyat yang buat..letak semuanya tanggungjawab pada rakyat..tak perlu sistem kepartian..tak perlu sistem jawatan..saya juga sukakan perubahan..tapi perubahan itu biarlah dengan cara yang betul..jangan masa kita membangkang, semuanya salah..haram..tidak amanah..rasuah..tapi bila memerintah turut ikut cara kerajaan lama juga..pada saya 2x5 jugalah dengan kerajaan yang dikatakan lemah sekarang..saya pun bukannya menyokong tak tentu arah kerajaan sekarang..Saya bersetuju dengan saudara bagi ruang kepada PR pada pilihanraya akan datang..itu baru betul caranya..tapi apa mereka buat sekarang??saudara sendiri nampak..betapa bersungguh PR hendak gulingkan jerajaan sekarang..adakah cara itu betul?kenapa benda macam itu orang2 yang kononnya memperjuangkan demokrasi senyap belaka??kerana apa??kerana kuasa kan..terpulanglah pada saudara..jika saudara sukakan cara PR..teruskanla..tidak semestinya semua orang seperti saudara..masing masing ada hak suarakan pandangan..apapun terima kasih sudi jenguk blog saya..teruskanla memberi komen jika masih sudi..
hHh™ said…
Assalamualaikum,
Secara peribadi, saya sendiri tidak setuju dengan gejala lompat melompat ni. Rakyat mengundi mereka menggunakan tiket BN tapi mereka tukar tanpa persetujuan pihak yang mengundi mereka. Ya, memang betul kalau kita teliti adalah juga benda-benda yang tak disukai pada BN ada pada orang PR. Tapi yang pastinya (majoriti yanhg saya tahu dan temui) sudah jelak dengan kerajaan BN sekarang. Mungkin saya patut cakap masalahnya bukan pada BN tapi pada kepimpinan. Kalau kepimpinan ditukar, mungkin masih ada peluang untuk rakyat percaya semula pada BN.
Saudara, memanglah kuasa membuat undang2 terletak pada kerajaan, tapi secara konsepnya, bukankah undang-undang tersebut dibuat untuk kepentingan rakyat dan juga berdasarkan keperluan rakyat? Itulah kuasa yang saya maksudkan. Dan pada pendapat saya, bukanlah kuasa rakyat maksudnya kuasa institusi atau kuasa menggubal, tapi kuasa untuk memilih masa depan dan memilih wakil yang akan menjaga kepentingan mereka. Dan pilihanraya menunjukkan kita punya kuasa, tanpanya, autokratik namanya. Dengan kata lain, dalam sistem tersebut, kuasa terletak pada kerajaan dan bukan pada rakyat. Dan kenapa kita mengundi? untuk memilih wakil rakyat. Kenapa pilih wakil rakyat? Supaya mereka boleh berkhidmat pada KITA, iaitu RAKYAT. Bukan kuasa rakyat ke nama dia??
azmi yusof said…
salam hhh..saya tak pernah pertikaikan tentang kuasa rakyat yang saudara maksudkan itu..kuasa memilih..kuasa menentukan..itu memang kuasa rakyat di mana mana negara pun..cuma saya persoalkan masa kini seolah kerajaan itu tidak wujud..kuasa rakyat melangkaui kuasa kerajaan..apa sahaja kerajaan buat dianggap salah.seolah kerajaan tidak berhak membuat keputusan.kalau saudara kata ramai yang saudara jumpa sudah jauh hati dengan BN..ramai juga yang saya jumpa masih suka BN..kita sama sahaja..cuma jika saudara rasa negara ini perlukan perubahan..itu hak saudara..dan kalau saudara rasakan kerajaan BN sekarang patut ditukar, berilah komen dan pandangan kepada pemimpin PR yang saudara suka supaya mengambil kuasa secara baik..berhemah..adil..seperti yang selalu dilaungkan..itulah caranya..akhir kata..ingatlah.jika PR memerintah sekalipun, pastinya akan ada pembangkang..rakyat yang menyokong pembangkang ketika itu juga boleh menjatuhkan kerajaan yang ada dengan cara yang sama..dalam kata lain cara yang kotor..kita ada anyak contoh negara di dunia ini dijatuhkan oleh kuasa rakyat..dan kita sedang menghala ke situ..
p/s:tak keberatan saudara aktifkan blog saudara..kemukakan isu isu yang boleh kita sama sama debatkan..untuk kebaikan kita bersama..tq saudara..
Anonymous said…
Salam, saya setuju dengan pendapat hhhtm bahagian "bukan pada BN tapi pada kepimpinan", kalau BN ada pemimpin yang berkaliber mungkin BN tidak kehilangan lima negeri. Mungkin rakyat membuat satu perjudian. Oleh kerana terlampau menyampah dengan kepemimpinan BN, mereka sanggup memilih sesiapa saja selain dari BN. Walau pun mereka sendiri tidak pasti ke manakah halatuju pemimpin PR.

Oleh itu untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN, BN perlu membaiki kelemahan dan mendengar suara hati rakyat.Semenjak keputusan PRU 12, BN masih gagal memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap BN. Semakin hari tindak tanduk ulasan / ucapan pak-pak menteri membuat rakyat lebih menyampah atau lebih kecewa dengan BN. Pendapat saya, kemungkinan penyokong2 PR ini adalah orang yang kecewa dan hilang keyakinan dengan BN, walau pun pada masa dulu mereka adalah pengundi BN.Kalau majoriti rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan tehadap pemimpin negara, wajarkah lagi dia menjadi pemimpin?. Walau bagaimanapun berapa peratuskah rakyat yang telah hilang keyakinan kepada PM??? ni kena tengok balik keputusan PRU12.

Popular Posts