AKOK...
Sempena ramadan ni pelbagai kuih muih dapat kita lihat..macam macam ada..namun bagi diri ini, akok menjadi pilihan utama untuk hidangan berbuka puasa..tahun ini, aku belum lagi dapat merasa walau sebijik akok pun..entahla..carik punya carik dekat bazaar ramadan, tak nampak pun kelibatnya..kalo adapun tak menepati citarasa aku pula...susah juga mencari kuih akok ni..Dekat kampung aku, nun jauh di pantai timur, seorang makcik pakar dalam membuat kuih ini (orang panggil dia Mek)..kalau kuih dibakar pagi..tengahari sudah habis jualannya..begitulah betapa sedapnya akok penangan makcik ini..
Nampaknya..aku terpaksa juga menunggu hari aku pulang ke kampung untuk aku menikmati akok makcik tu..namun aku dapat rasakan tahun ini aku mungkin tidak akan dapat merasa akok di kampungku...tahun ini amat berbeza..aku bukan lagi seorang lelaki bujang..aku terpaksa beralah dengan kehendak kehidupan berkeluarga..kerana tahun ini aku akan beraya di bandar..Kuala Lumpur....harapan aku, tahun hadapan masih ada akok daripada makcik Mek...selamat berbuka puasa kepada teman teman blog semua...
Comments
Ade satu akok tu kan, mak mertua aku bawak. Lain sgt mcm akok yg kita selalu mkn. Katanya akok tu, zaman dulu punya, takde rasa telur sgt. Tapi sedap jugak woo..Yg kita selalu makan ni, akok moden katanya.
em,tak pernah rasa la kuih ni. nanti g sana br leh rasa. hehe;)
Slmt berpuasa:)salam ramadhan
Akok tu aku tak pernah tengok lak org jual, biasa org tua2 yg buat, tu pun kt pantai timur aje la. tapi, memang pun yg jual kat sini kurang umpphh.