SEMBAHYANG JUMAAT..

Hari ni macam biasa pergi sembahyang jumaat...sampai ke masjid, masuk jer terperanjat sebab ada 3 orang perempuan lengkap bertelekung...diorang bertiga ni duduk sama saf dengan makmun lelaki lain..mulanya aku ingat diorang duduk sementara sahaja..rupanya diorang turut sama sembahyang jumaat dan berada di saf yang sama dengan makmun laki lain...dari awal khutbah hingga akhir..kebanyakan mata lelaki pastinya tak lepas melihat mereka dengan kehairanan..yelah..serasa aku.dah hampir 4 tahun aku sembahyang jumaat di negeri selangor ni, belum pernah perempuan datang solat jumaat..malah merata aku sembahyang di malaysia ni belum pernah aku sembahyang jumaat bersama kaum hawa ni..dan inilah kali pertama dalam hidup aku sembahyang jumaat di hadapan makmun perempuan..memangla hairan sebab jarang kita di malaysia ni buat macamtu..aku tahu mereka tak dilarang..cuma boleh ke mereka berada di saf bersama kaum adam?apakah hukumnya?dalam otak aku dan kengkawan..elokla diorang ke saf paling belakang..atau naik tingkat atas atau bawah masjid..bukan berada di saf kaum lelaki..entahla..aku pun bukan pandai sangat..cuma aku terfikir..adakah ini permulaan mereka..adakah setiap kali jumaat selepas ini mereka akan ada lagi..?atau lepas ni makin ramai kaum hawa datang untuk sama sama bersembahyang jumaat..?hm..betul aku cakap..inilah pertamanya sepanjang aku hidup sembahyang jumaat bersama kaum perempuan...

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

Yang Mak Cik tahu, Orang Perempuan tak wajib Solat Jumaat tapi tidak pula dilarang mereka menunaikannya.

Sebagai 'tradisi' memang perempuan Melayu Islam jarang yang Solat Jumaat di Masjid, Mereka solat Zohor di rumah atas banyak sebab.
Pertama mereka ibu ibu kebanyakkannya Sibuk dengan urusan rumahtangga masing masing waktu tengahari ini. Anak balik sekolah, suami nak balik makan lepas Solat Jumaat dsb.

Keduanya, Walaubagaimanapun kalau di Makkah dan Madinah mereka akan Solat Jumaat bersama sebab sebagai Tradisinya, memang wanita di sana pun sama sama Solat Jumaat.,

Kalau Di Madinah Selamat sikit sebab, tempat solat masing masing berasingan, Lelaki lelaki dan Perempuan Perempua.,

Tapi di Makkah dengan sedihnya Mak Cik nak bagitahu kadang kadang ada juga tersesat atas terbabas Perempuan di tempat Lelaki dan sebaliknya.

Jangan terkejut. Manusia memang macam macam ragam dan lebih lebih lagi kalau dah terlalu ramai Jemaah dalam Masjid yang terlalu besar. Seribu macam alasan mengapa mereka tiba tiba ada di saf yang salah.

Tentang pengalaman kamu tadi, adakah mereka wanita Melayu? Kalau Melayu lain kali suruh sahaja mereka ke Saf belakang atau tempat khas Solat wanita.

Tetapi Mak Cik teringat pesan seorang Haji semasa di Makkah dulu, kalau Masjid dah terlalu sesak dengan Jemaah dan yang lelaki pun tak cukup tempat sujud, baiklah Orang Perempuan Solat di rumah sahaja.

WaAllahuAlam.
azmi yusof said…
diorangni melayu..
melayuangkat said…
Salam Azmi,

Terima Kasih beri Mak Cik info bahawa Pokok Bodhi itu Pokok Ara, maknanya adalah Pokok itu di sini juga.

Bolehlah Mak Cik beritahu yang lain bahawa ianya Pokok Ara.
Nia said…
Salam Azmi,

Kot ye pun perempuan2 tu nak solat jumaat, tak pyh la sampai sama saf dgn lelaki. Tak tau pulak mazhab mana ni?? Ataupun saya ni yg jahil tak tau le..
zara aluwi said…
Assalamualaikum Azmi,
Mak cik setuju dengan pendapat puan melayuangkat. Mak cik juga sedih dg sikap muslimah melayu tu.

Dr. Amina Wadud pernah menjadi imam bagi sembahyang Jumaat yang terdiri dari makmum lelaki dan perempuan. Perbuatan beliau telah menimbulkan pelbagai reaksi ada yang pro dan ramai yang kontra. Alangkah baiknya muslimah bersolat sahaja di rumah dan kemudiannya mendengar khutbah secara langsung melalui televisyen atau radio. Tak perlulah ke masjid untuk sama-sama kaum lelaki menunaikan senbahyang Jumaat. Sekurang-kurangnya, ini menunjukkan bahawa kaum lelaki itu lebih utama mengerjakan sembahyang Jumaat dari perempuan. Dengan ini imam sembahyang Jumaat mestilah lelaki, bukannya perempuan.

Daripada Abu Hurayrah (r.a.c), katanya Rasulullah bersabda: Sebaik-baik saf lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya ialah saf yang paling akhir, menakala sebaik-baik saf perempuan ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya ialah saf yang awal. lni ialah kerana saf yang akhir bagi lelaki hampir dengan perempuan dan saf yang awal bagi perempuan adalah berhampiran dengan lelaki. Hadith ini menunjukkan bahawa saf perempuan adalah di belakang saf lelaki. Jauh untuk menjadi imam sembahyang fardu apatah lagi sembahyang Jumaat.
aril_faidz said…
erm...xpe la klu kaum wanita ni nk semayang jumaat pon tp jgn la sampai menyebabkan kaum lelaki ni hilang khusyuknya...sbb bg lelaki smbahyang jumaat ni kn wajib, pompuan sunat jek kn....skadar pendapat..betulkn sy jika salah..tQ

Popular Posts