BETUL KE?..

Tentunya semua orang mengenali burung cantik ni..burung cendrawasih..atau orang gelar "bird of paradise"..saje nak kongsi cerita..minggu ni aku dapat berkenalan dengan seorang brother ni..dia bercerita tetntang hidupnya yang salah satunya ada kaitannya dengan burung cendrawasih ni..katanya dia dikurniakan sepasang burung cendrawasih bersama kitabnya sekali...burung ni jatuh dan mati dengan badan dan bulunya masih seperti burung yang masih hidup..cuma isi perutnya seakan sudah dibuang dari badannya..seperti diawet..cantik..berbau wangi menjadi rebutan sesiapa sahaja yang melihatnya..katanya sebelum dia dapat burung ni, 3 malam dia bermimpi..ntahla..namun mendengar ceritanya bulu roma aku naik semacam..betul la agaknya..untuk membuktikan, dia tunjukkan aku sehelai bulunya yang diletak dalam dompet..memang meremang bila aku memegang dan menciumnya...aku memang teringin nak pegang dan lihat burung ni..dan insya allah, dia kata dia sudi menunjukkan burung berkenaan kepada aku..cuma tak tahu bila..dia kata kalau nak bulunya, bukan semua orang bole dapat..kalau sapa yang goncangkan badan cendrawasih, dan jatuh bulunya, maka ianya milik kita la...tapi tidak semua orang yang menggoncangkan badan burung ni akan mendapat bulunya...kata orang..mendapat sehelai bulu burung ini amat bertuah sekali...dan ada setengah orang, dapat pegang pun jadilah..brother ni cerita ada orang brunei datang semata nak tengok dan pegang sahaja...banyak lagi yang diceritakannya..tapi itulah sedikit sebanyak apa yang brother ni cerita kat aku..saja aku nak kongsi..betul ke tidak hanya allah yang tahu..walla hualam..

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum anakku Azmi,

Wah hebat kisah benar kamu ini. Memang Mak Cik pun ada pernah dengan dengan kisah burung Cenderawasih ini tetapi sehingga saat ini belum pernah melihat walau pun sehelai bulunya.

Kalau nak meremang bulu roma itu maknanya baiklah dielakkan sahaja. Mak Cik ini tidaklah pandai langsung bab bab ini tetapi mungkin ini petunjuk dari Allah swt bahawa bulu burung ini 'tidak sejiwa' dan sesuai buat kamu. Lagi pun kamu ada anak kecil, tidak baik benda benda macam ini kita main main. Nanti 'dia' ikut kita pulang, dah tak pasal pasal si kecil tak dapat tidur malam.

Tentang keistimewaan burung ini membawa tuah atau pun tidak pun tidaklah Mak Cik tahu. Rahsia rahsia ini Hanya Allah swt yang tahu. Kita pun janganlah ambil risko pada benda benda yang kita tidak tahu menahu.

Mak Cik suka pada haiwan peliharaan. Tapi tak suka bela burung jenis apa pun sebab tak suka sangkarkan mereka.

Tiap tiap pagi Mak Cik letak pisang di tembok biar burung burung datang makan. Mak Cik percaya kita mesti kongsi rezeki dari Allah swt dengan semua termasuk haiwan yang setakat kita mampu.

Tapi kadang kadang burung burung ini berebut pula dengan tupai tupai yang juga nak merasa pisang pisang itu!!
azmi yusof said…
betul tu makcik..yang saya tahu banyak orang guna kearah benda tak baik..saja nak tahu..sebab orang dok bercerita..tentang meremang tu..kata brother tu plak, petanda baik..ntahla..saya tak amik peduli sangat pun..sekadar ingin tahu jer..
Nia said…
Salam Azmi,..burung ni dengarnya akan turun ke bumi bila dah sampai ajal saja. Biasanya memang kalau benda2 aneh ni, orang akan percaya ia akn bawak tuah, betul atau tidak,..bak kata makcik, rahsia Allah s.w.t
zara aluwi said…
Salam Azmi,

Burung Cenderawasih ni, kalau diikutkan kepercayaan dari cerita-cerita lama Melayu, ianya berasal dari kayangan. Burung ni, dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput. Betul atau taknya, mak cik tak tau ler. Sebab tak pernah tengok pun.

Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Selain itu turut diyakini boleh menjadi minyak pengasih. Nampak gayanya kawan kamu tu bertuah ler dapat memiliki burung berkenaan. Waulahhualam...

Popular Posts