Balik Kampung...(berangan)..
kampung banggol, setiu terengganu..
tanah perkuburan..
yang ini sayu sikitla..ni kawasan kubur kampung aku..cakap pasal kubur kalau ada hubungan dengannya memangla sedih..kat sinilah bersemadinya arwah mak..lama tak ziarah sejak raya ari tu..kalau tengok dari udara ni, kat tengah tengah tu ada pokok ketereh/gajus..kat bawah tulah kubur2 ahli keluargaku..balik raya ari tu dah kene tebang plak pokok gajus ni...sapa la yang tebang...?
pantai bari,setiu..
akhir sekali..yang nilah paling best..tiap kali balik kampung,pastinya pantai bari menjadi tempat berkelah sekeluarga..cantik pantai ni..pasit memutih..remis pun banyak..sambil berkelah makan sotong dan ikan goreng tepung..memang best..tak jauh dari rumah..10 minit naik kete..hmm..cukuplah berangan untuk kali ni..sampai masa memang kena balik kampung juga..cuma ntah bila...keadaan masih tak mengizinkan...yang pasti, insya allah, ada masa dan peluang, aku akan balik...
Comments
Mak Cik faham perasaan kamu.
Tiap kali Mak Cik ke kubur arwah Mak Angkat Mak Cik seolah dia ada di situ, terasa benar saat dia membela Mak Cik masa kecil kecil dulu.
Sampai bila pun Mak Cik tak akan dapat balas budi baik dia bela Mak Cik.
Mak Cik faham mengapa kamu rindu pada kampung halaman yang begitu indah. Mak Cik pun dah lama tak ke KT, dengar khabar dah banyak perubahan.
Semoga Perubahan itu kepada kebaikan kita bersama. InsyaAllah satu hari Mak Cik hendak juga bercuti ke sana.
Sya tentu seronok berlari atas pantai di situ. Pantai di Terenggau masih bersih dan terkawal, InsyaAllah setakat yang Mak Cik tahu.
Jom la balik sekali, kitorang pun bertiga je.
Sayu hati mak cik membaca keluhan Azmi teringatkan kampung. Insya-Allah ada rezeki angan-angan nak balik kampung itu akan muncul jua. Sementara ini, dapat tengok dalam google mapping jadi lah. Bak kata orang-orang tua 'dapat tengok bumbung pun dah cukup' lepas juga rindu.
Cantik betul pantai tu... terasa ingin bawa anak-anak bercuti ke sana.
Hantam produk munafik itu cukup cukup