anak tukang kebun..part 1

Aku anak tukang kebun
Lahirku di desa sahaja
Di pondok besar beratapkan bata
Bertiang tinggi berdindingkan papan
Aku anak tukang kebun
Mainku di sawah bendang
Bertemankan lintah kerbau
Bersiulkan pipit padi
Bermandikan parit selut
Aku anak tukang kebun
Sekolahku biasa sahaja
Tidak bijak hanya pandai
Maluku semua tahu
Hingga kedepan aku tak mahu
Aku anak tukang kebun...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Comments

Popular Posts