Masalah..

Pas tak sunyi daripada masalah - Nik Aziz

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Isu 'cah keting' atau cantas-mencantas yang ditimbulkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin merupakan satu bentuk peringatan bahawa Pas tidak sunyi daripada menghadapi masalah seperti itu.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, sebagai sebuah parti Islam, tidak bermakna masalah tersebut tidak boleh berlaku di dalam Pas.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak di dalam parti itu, sama ada di peringkat kepemimpinan atau ahli agar kembali kepada perjuangan asal iaitu menegakkan syiar Islam di negara ini.

"Secara peribadi saya tidak hairan masalah ini boleh berlaku dalam Pas kerana keadaan yang sama juga pernah berlaku ketika zaman Sahabat Rasulullah iaitu Saidina Ali.

"Pada zaman itu berlaku kekacauan. Kemudian ada seseorang bertanyakan kepada Saidina Ali mengapa kekacauan ini boleh berlaku lalu Saidina Ali berkata ini disebabkan aku mempunyai pengikut seperti kamu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan terbuka Nik Abdul Aziz bahawa wujud budaya 'cah keting' dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Pendapat aku: apa sahaja keburukan/kejahatan yang berlaku dan yang dilakukan oleh puak mereka pastinya akan dikatakan semuanya baik belaka...semuanya mengambil contoh yang baik...tapi kalo terkena pada orang lain semuanya jahat belaka...inilah yang selama ini aku tak faham...orang lain lantik menantu dikata kroni...dia lantik takpa...orang lain rasuah dia kutuk..dia rasuah takpa....entahla..aku tak tahu kat mana aku nak menghormati orang dan perjuangan seperti ini..pada aku kalo UMNO semuanya tak betul..PAS nilagi dahsyat...cuma berselindung sahaja selama ini...sehari demi sehari pekung dah terbuka...

Comments

Popular Posts