PERLUKAH AKU....

Perlukah aku..
meninggalkan tempat ini..
di kala aku merasakan inilah tempatnya buat aku...
perlukah aku...
mencari haluan yang lain...
di saat aku merasakan inilah haluan yang terbaik buat masa ini..
perlukah aku..
memikirkan yang lain..
di kala ku rasakan fikiran disinilah paling rasional ketika ini..
perlukah aku...
mengikut rentak mereka yang lain..
di saat rentak aku berlainan sekali daripada yang lain...
perlukah aku...
melihat sudut pandang yang lain..
sedang sudut pandang inilah terbaik di kala ini..
perlukah aku..
mencari haluan yang lain...
perlukah aku...???
aku sendiri tidak pasti...
aku sendiri masih keliru...
aku sendiri masih mencari...
jawapan yang pasti...

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

Allah swt menyediakan bumi ini sebagai tempat tinggal makhluk ciptaannya.

Memang bumi kita indah dan perlu kita menjaga keindahannya..disediakan tempat tingal kita dengan segala kemudahan dari flora dan fauna..

Dan makin lama kita bertapak sudah tentu kita sayang pada bumi kita,kita sayang pada dunia dan kalau boleh tidak mahu berpisah dengannya..

tapi..

apakan daya, semuanya pinjaman belaka. Cukup masa, cukup tempoh terpaksa kita pulangkan juga pada tuan yang empunya!!

Suka atau tidak, bersedia atau belum, cukup hadnya pulanglah kita kepadanya..

Dan lebih baiklah bersedia sentiasa sebab tiada siapa tahu bila..

Dan sebagai panduan melalui pengalama orang berumur macam Mak Cik ni, bila kita ada sesuatu yang baik dari Allah, pemberian Allah, terimalah dengan penuh kesyukuran. Hargailah, peliharalah, lindungilah..sebab kita tidak rasa kehilangan itu melainkan setelah dicabut nikmat oleh yang memberi..

WaAllahuAlam.
azmi yusof said…
thanks makcik...
UnGu VioLet said…
agree with melayuangkat..

Allah itu Maha Mengetahui!!!
Maha Berkusa..
Nia said…
Salam Azmi,

Setuju dengan makcik melayuangkat. Tengah runsing nak buat keputusan ke? Buat istikharah..tapi kadang2 kena buat byk kali, baru hati kita tergerak utk keputusan.
zara aluwi said…
Assalamualaikum Azmi,

Ikutlah kata hati kerana sememangnya hati ini dikurniakan bersih, cuma akal yang sering bermain helah dengannya.
NuE said…
aik...pehal ni..ade masalah ke...macam resah gelisah je....
salam azmi,
wah umah blog sudah lain ha..chantek2..:)

-za sokong ngan makcik melayuangkat tu..apepun bersyukur dgn ape yg kita ada memadailah..klu maukan peluang yg lebih baik..maka risikonya pun jgn dilupa..apepun kembali kepadaNya mohon pertunjuk dan hidayah ok..
moga2 dptlah nanti penyelesaian kepada masalah azmi tu..moga success selalu bro..;)

Popular Posts