TINGGAL KENANGAN....

Rumah asal...berpuluh tahun kami sekeluarga menyemai kenangan disini..suka duka..pahit maung..semuanya akan mengimbau kenangan....
Sekarang...bentuknya masih seakan sama cuma bertukar bahan buatannya sahaja..dari kayu yang mereput kepada batu bata..dari atap zink yang bocor sana sini kepada "metal deck"..aku belum dapat bayangkan macamana keadaan di dalamnya...insya Allah aku akan balik..untuk mengimbau segala kenangan disini...

Comments

melayuangkat said…
Assalamualaikum Azmi,

APA KHABAR Azmi, Alia dan Sya?

Mak Cik teringatkan kamu bertiga semasa dalam Masjidil Haram dan sempat doakan kesejahteraan Hidup kamu sekeluarga, Amin!

Azmi,

Tidak ada apa yang kekal dalam hidup ini. Inilah hakikatnya. Memang sedih hendak dipisahkan dengan sesuatu yang menjadi kenangan abadi hidup tetapi apa kan daya.

Yang tetap kekal adalah ingatan di minda dan di hati masing-masing. Sebab itu kita mesti buat baik tiap hari sebab apa sahaja yang kita lalui akan jadi ingatan di masa hadapan.

WaAllahuAlam.
zara aluwi said…
Bak kata pepatah - Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.
melayuangkat said…
Salam Azmi,

Tahniah kerana pindah ke rumah baru. Alhamdulillah atas rezeki ini.. Semoga rumah dan rumahtangga kamu akan terus diberkati dan dirahmati Allah swt selamanya, Amin! Salam sayang buat Sya.
Nia said…
Azmi,

Sayu...
NuE said…
Ha..baliklah..segalanya dah byk berubah...xmacam 20 thun dulu...zaman kanak-kanak riang...tinggal kenangan..

Popular Posts