16 April 2009

Balik Kampung...(berangan)..



Hmmm..sebenarnya aku rindukan kampung halamanku..tengok orang asyik balik kampung terasa begitu cemburu..apa daya..kampung bukannya dekat..nak balik kena ada fulus...kena ada cuti..sejak raya tahun lepas, sampai sekarang masih belum jejakkan kaki ke kampung halamanku..anak pun dah nak boleh berjalan dah..so hari ni aku mengelamunla..konon balik kampung...nasib ada google earth..sekelip mata aku sampai ke kampung ku...


kampung banggol, setiu terengganu..


Inilah kampungku..sekejap sahaja aku dah sampai..bila tengok , besar jugak kampung aku ni..kalau dulu dulu, bila kat kampung aku pastikan aku merayau dari sungai ke hutan..dari sawah ke ladang..saja meninjau suasana kampung..macam ketua kampung plak ye..ok la tu..anak bekas ketua kampung katakan..hehehehe..macamanalah keadaanya sekarang..ntah apa yang berubah pun aku tak tahu..tak sabar nak balik sebenarnya...nak bawak anak kecilku mengenali ayam,itik,kerbau dan lembu...asyik dok tengok kereta motor jer kat kl ni..



tanah perkuburan..


yang ini sayu sikitla..ni kawasan kubur kampung aku..cakap pasal kubur kalau ada hubungan dengannya memangla sedih..kat sinilah bersemadinya arwah mak..lama tak ziarah sejak raya ari tu..kalau tengok dari udara ni, kat tengah tengah tu ada pokok ketereh/gajus..kat bawah tulah kubur2 ahli keluargaku..balik raya ari tu dah kene tebang plak pokok gajus ni...sapa la yang tebang...?

pantai bari,setiu..

akhir sekali..yang nilah paling best..tiap kali balik kampung,pastinya pantai bari menjadi tempat berkelah sekeluarga..cantik pantai ni..pasit memutih..remis pun banyak..sambil berkelah makan sotong dan ikan goreng tepung..memang best..tak jauh dari rumah..10 minit naik kete..hmm..cukuplah berangan untuk kali ni..sampai masa memang kena balik kampung juga..cuma ntah bila...keadaan masih tak mengizinkan...yang pasti, insya allah, ada masa dan peluang, aku akan balik...



10 April 2009

MEMPELAM...NYUM2...

Nampak sedap...sebenarnya dah banyak kali beli buah ni kat pasar malam terasa macam menyesal je beli..ye lah..nampak dari luar bukan main kuning lagi...bila balik, dah kupas barulah tahu camana isinya..sebenarnya banyak peniaga sekarang tak ikhlas..mereka jual buah ni nampak je macam masak, sebenarnya masih lagi muda..mereka guna kabalt untuk nampakkan buah mempelam ni macam masak..sebenarnya tipu jer..bila makan tahulah apa rasanya..tawar..hmm..itulah..susah nak carik buah mempelam yang betul betul masak secara semulajadinya sekarang....agaknya manusia pun macam tu la kot..diluar nampak semuanya baik..dalam belum tahu....

07 April 2009

SUDAH KU JANGKA....


Keadaannya sama sahaja...takde apa yang nak di hairankan..tiada pertukaran kerusi...harap lepas ni takde lagilah pilihanraya kecil ni..menghabiskan masa,tenaga dan wang sahaja..kemenangan sekalipun bukannya boleh menukar kerajaan yang ada..tunggulah PRU akan datang..andai majoriti kita inginkan kerajaan yang baru, bulatkan hati, pilihlah sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti yang besar..taknaklah sibuk nak melompat sana sini...semuanya ditangan dan pemikiran kita..andai kita rasa sudah cukup bagi kerajaan BN memrintah, pilihlah yang lain..mungkin sampai masa BN menjadi pembangkang...andai kita rasa PR akan memberi kita dan anak cucu kita masa depan yang cerah.undilah mereka...rasanya eloklah bermula esok, tutuplah dahulu buku politik.sesungguhnya politik amat menjengkelkan...namun semuanya di tangan tuhan..aku seperti biasa..aku tetap aku...tidak ada apa yang mampu merubah pemikiran ini selain Allah....

05 April 2009

Naib Presiden PPP isytihar keluar parti sertai PKR

Elok sangatlah...dah lama dah..........tak perlulah BN simpan kalau mereka sendiri tak ikhlas bersama BN....katanya 6000 lagi ahlinya pun sama nak lompat..lompatlah...kalau dari mereka yang melompat ni, pastinya pelbagai tuduhan akan dilemparkan kepada BN..dibayarlah...dirasuahlah..macam2 lah...kalau masuk belah mereka...semuanya baik belaka..kita tunggu apa plak Kayveas nak kata lepas ni...atau nak lompat sekali?ntahlah...

02 April 2009

LENGKAP SUDAH...

Akhirnya..lengkaplah satu pusingan teori keramat perdana menteri malaysia "RAHMAN"..Abjad A menjadi abjad paling mendebarkan semua kita rakyat malaysia..tanggal 16 september 2008 menjadi modal bagi seorang lagi tokoh A..Anwar ibrahim untuk menjadi sebahagian daripada pemain teori RAHMAN ini..namun tuhan penentu segalanya..huruf A tetap menjadi hak milik Abdullah...manakala esok huruf N akan menjadi milik Najib..setelah pelbagai halangan dilalui, tuhan menentukan yang huruf N tersebut memang hak milik Najib Tun Razak...Dengan izin yang maha esa, teori RAHMAN memang menjadi teori keramat yang akan dingati seluruh rakyat negara kita dan akan tercatat sebagai sejarah susurgalur perdana menteri bagi negara kita...

Persoalannya kini..adakah akan ada pusingan kedua teori ini?tidakpun mereka yang terlibat nama mereka masih bersandarkan huruf2 teori keramat ini..jika dilihat, nama nama besar masih tidak lari jauh daripada kepompong RAHMAN ini....Tengku Razaliegh masih disebut sebut antara yang boleh menjadi PM untuk huruf R...dan pemimpin kanan UMNO masih juga berada di sekitar RAHMAN ini..A untuk Ahmad Zahid Hamidi, mungkin juga untuk Anwar??..H untuk Hishamuddin...M untuk Muhyidin...dan N?...mungkin N untuk kaum lain menjadi PM malaysia satu masa nanti...siapa tahu....

BUAT PAK LAH...


PAK LAH.. BIARLAH MEREKA TERSENYUM DENGAN KEPUTUSANMU BIARLAH MEREKA BERGEMBIRA DENGAN PENGUNDURANMU BIARLAH MEREKA KETAWA DENGAN PENGORBANANMU BIARLAH MEREKA PAK LAH BIARKAN.. KERANA MASIH ADA YANG BERDUKA MASIH ADA YANG BERSEDIH MASIH ADA YANG MENGASIHANIMU MASIH ADA YANG SUDI BERSAMAMU PAKLAH.. TERIMA KASIH DI ATAS SEGALANYA NAMAMU TETAP AKAN TERPAHAT DI HATI INI DI HATI RAKYAT YANG KERDIL INI..