31 March 2009

9 BULAN...


Dah 9 bulan dah..27.03.2009...

26 March 2009

ENTAHLAH.....

Entahla...macam macam kata orang..menang pun salah..kalah pun salah...tak bertanding pun salah..apakah ada cara lain lagi yang boleh membuktikan seseorang itu memang layak untuk menang selain pengundian?..Entahla...sampai bila kita perlu berperasangka..?bersepsi..?kita semua sama sahaja..bila orang kita menang...kita akan lupakan terus mereka yang kalah..tapi bila orang kita kalah..kita akan cuba mencari silap orang yang menang...bila orang kita menang..semuanya takdir Allah..bila orang kita kalah..taknak pula mengatakan ianya takdir Allah...itulah politik...sukarnya memuaskan hati semua orang...

24 March 2009

HARAmKAH dan SUARA KEjAHILAN

3 Bulan jer? selamanya lagi elok...

19 March 2009

BETUL KE?..

Tentunya semua orang mengenali burung cantik ni..burung cendrawasih..atau orang gelar "bird of paradise"..saje nak kongsi cerita..minggu ni aku dapat berkenalan dengan seorang brother ni..dia bercerita tetntang hidupnya yang salah satunya ada kaitannya dengan burung cendrawasih ni..katanya dia dikurniakan sepasang burung cendrawasih bersama kitabnya sekali...burung ni jatuh dan mati dengan badan dan bulunya masih seperti burung yang masih hidup..cuma isi perutnya seakan sudah dibuang dari badannya..seperti diawet..cantik..berbau wangi menjadi rebutan sesiapa sahaja yang melihatnya..katanya sebelum dia dapat burung ni, 3 malam dia bermimpi..ntahla..namun mendengar ceritanya bulu roma aku naik semacam..betul la agaknya..untuk membuktikan, dia tunjukkan aku sehelai bulunya yang diletak dalam dompet..memang meremang bila aku memegang dan menciumnya...aku memang teringin nak pegang dan lihat burung ni..dan insya allah, dia kata dia sudi menunjukkan burung berkenaan kepada aku..cuma tak tahu bila..dia kata kalau nak bulunya, bukan semua orang bole dapat..kalau sapa yang goncangkan badan cendrawasih, dan jatuh bulunya, maka ianya milik kita la...tapi tidak semua orang yang menggoncangkan badan burung ni akan mendapat bulunya...kata orang..mendapat sehelai bulu burung ini amat bertuah sekali...dan ada setengah orang, dapat pegang pun jadilah..brother ni cerita ada orang brunei datang semata nak tengok dan pegang sahaja...banyak lagi yang diceritakannya..tapi itulah sedikit sebanyak apa yang brother ni cerita kat aku..saja aku nak kongsi..betul ke tidak hanya allah yang tahu..walla hualam..

06 March 2009

SEMBAHYANG JUMAAT..

Hari ni macam biasa pergi sembahyang jumaat...sampai ke masjid, masuk jer terperanjat sebab ada 3 orang perempuan lengkap bertelekung...diorang bertiga ni duduk sama saf dengan makmun lelaki lain..mulanya aku ingat diorang duduk sementara sahaja..rupanya diorang turut sama sembahyang jumaat dan berada di saf yang sama dengan makmun laki lain...dari awal khutbah hingga akhir..kebanyakan mata lelaki pastinya tak lepas melihat mereka dengan kehairanan..yelah..serasa aku.dah hampir 4 tahun aku sembahyang jumaat di negeri selangor ni, belum pernah perempuan datang solat jumaat..malah merata aku sembahyang di malaysia ni belum pernah aku sembahyang jumaat bersama kaum hawa ni..dan inilah kali pertama dalam hidup aku sembahyang jumaat di hadapan makmun perempuan..memangla hairan sebab jarang kita di malaysia ni buat macamtu..aku tahu mereka tak dilarang..cuma boleh ke mereka berada di saf bersama kaum adam?apakah hukumnya?dalam otak aku dan kengkawan..elokla diorang ke saf paling belakang..atau naik tingkat atas atau bawah masjid..bukan berada di saf kaum lelaki..entahla..aku pun bukan pandai sangat..cuma aku terfikir..adakah ini permulaan mereka..adakah setiap kali jumaat selepas ini mereka akan ada lagi..?atau lepas ni makin ramai kaum hawa datang untuk sama sama bersembahyang jumaat..?hm..betul aku cakap..inilah pertamanya sepanjang aku hidup sembahyang jumaat bersama kaum perempuan...

02 March 2009

LUPAKAN CERITA POLITIK...



Hmmm...27 hb 02 haritu genaplah 8 bulan si kecik ni..eksyennya macam dah setahun umur..berdiri macam confident habis..kadang sebelah tangan jer dia berpaut..memang eksyen..tu yang dah 2 kali benjol kat dahi...gigi dah sebatang tumbuh..akhir akhir ni memang suka kalau ada yang layan dia..mulalah dia eksyen nak bercakap...seronok dia...apapun..selamat 8 bulan buat anak kecikku ni...semoga cepat jalan dan cakap...amin...